KUALA LUMPUR: Dua guru iaitu Aruel Ariel dan Santiana Ramli bakal bersaing di peringkat separuh akhir Getaran Jiwa.
Guru vokal Aruel menepati ramalan sewaktu mendendangkan lagu Putus Sudah Kasih Sayang bergenre latin tango apabila mendapat tepukan gemuruh daripada juri jemputan, Noraniza Idris selepas persembahannya Jumaat lalu.
Sementara itu, guru Bahasa Inggeris dari SK Bingkor, Keningau, Sabah iaitu Santiana Ramli, 30 turut berjaya mencipta momen indah mendendangkan lagu Tiru Macam Saya apabila berjaya memikat hati juri dan penonton.
Menurut Pengurus Saluran TVS, Aizal Ibrahim, Aruel dan Santiana berjaya meraih markah tertinggi pada minggu ketiga Getaran Jiwa.
“Aruel Ariel meraih kutipan 67.3 markah manakala Santiana Ramli pula mendapat 56.1 markah,” katanya.
Kejayaan Aruel dan Santiana akan menyaksikan mereka berdepan cabaran Sam Dean, Izwan Dahlan, Suili George dan Mady Spuan untuk berentap di separuh akhir.
Empat lagi peserta yang akan mara ke separuh akhir akan diketahui menerusi episod keempat dan minggu kelima.
Getaran Jiwa bersiaran setiap Jumaat, jam 8:45 malam di TVS saluran 122 Astro dan MYTV dan dibawakan secara langsung dari Stadium MBKS, Bintawa, Sarawak. – GayahIsTyping
You may also like
-
Anak Seni Dan Pendidikan – Haris Embong Yakin Ilmu Mampu Tingkat Kredibiliti Serta Kualiti Seni
-
Sekuel Konsert Galau The Finale -Tampilkan Ungu, Rossa, Nidji, Fabio Asher, dan Exists
-
Babah Kisah Realiti Kasih Sayang – Ingatan Agar Hargai Seorang Bapa
-
Hanya Satu Nora Ariffin – Kekal Dalam Liga Penyanyi Terbaik Negara
-
Suria FM Kekal Barisan Penyampai – Catat Peningkatan 292 Ribu Pendengar