KUALA LUMPUR: Kaki wayang di negara ini terutamanya di ibu kota berpeluang menonton lima filem Rusia secara percuma selama tiga hari berturut-turut.
Peluang itu sempena Minggu Filem Rusia ke-4 (MFR4) anjuran Majlis Perniagaan Rusia-Singapura (RSBC) yang buat julung kalinya diadakan di Malaysia selepas tiga tahun sebelum ini berlangsung di Kota Singa.
Sebanyak lima filem bakal ditayangkan sempena minggu berkenaan iaitu 11 Silent Men, Everything All Right, Son of a Rich, The Big Deal and From Grief to Joy.
MFR4 dianjurkan bersama sokongan Prevail Production Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat produksi tempatan.
Wakil dan pengedar filem RSBC, Umashankari Yimarakuro berkata, mereka yang mahu menonton boleh mendapatkan tiket di www.eventbrite.com.
“Tayangan akan berlangsung di TGV KLCC dan berdasarkan siapa cepat dia dapat.
“Mewakili RSBC kami berbesar hati untuk berkongsi budaya dan gaya hidup Rusia kepada warga Malaysia melalui filem yang ditayangkan,” katanya.
Umashankari berkata kesemua filem yang ditayangkan juga filem terkini dan sesuai untuk tontonan umum.
RSBC juga tidak menolak untuk menjalinkan kerjasama dengan penerbit filem tempatan pada masa depan. – GayahIsTyping
You may also like
-
Sekuel Konsert Galau The Finale -Tampilkan Ungu, Rossa, Nidji, Fabio Asher, dan Exists
-
Babah Kisah Realiti Kasih Sayang – Ingatan Agar Hargai Seorang Bapa
-
Hanya Satu Nora Ariffin – Kekal Dalam Liga Penyanyi Terbaik Negara
-
Suria FM Kekal Barisan Penyampai – Catat Peningkatan 292 Ribu Pendengar
-
Balai Seni Negara Perkasa Kreativiti Generasi Muda – Program Sayembara Lukisan Karya Agung Cetusan Bakat Mahasiswa YAE Generation Artpreneur