Rayme Zainal Lancar Lagu Gema Raya – Sasar 800,000 Pengunjung Ke Festival Raya Gema Raya, Peluang Menang Kereta Proton e-MAS 5

Penyanyi dan usahawan selebriti Rayme Zainal menjadi antara artis terawal melancarkan lagu raya tahun ini dengan kelahiran lagu Gema Raya hasil ciptaanya sendiri.

Kongsinya, Lagu dengan genre rancak yang lebih ‘catchy’ dengan jalur muzik Arab serta menerapkan unsur elemen muzik Timur Tengah dan Melayu dalam usaha mengikut trend semasa lagu raya baharu ketika ini yang lebih rancak dan moden.

“Lagu ini disuntik dengan elemen rancak supaya mudah diterima oleh semua di mana mesejnya juga ringan tetapi selari dengan objektif untuk menyambut Aidilfitri.

“Namun tiadalah istilah syok sendiri untuk mengambil kesempatan menyanyi lagu tema ini festival anjuran sendiri namun penglibatan saya hanyalah sebagai antara momen penting dalam kerjaya seni.

“Harapan besar saya, apabila gabungan lagu dan muzik tema dapat dipromosikan kepada orang, secara tidak langsung mereka akan tertarik untuk melawat datang ke Gema Raya Putra 2026@PICC,” katanya pada majlis pelancaran Gema Raya Putrajaya 2026@PICC.

Lebih menarik, lagu berkenaan juga merupakan lagu tema Festival raya terbesar yang pertama di puncak tertinggi Putarajaya iaitu Gema Raya Putrajaya 2026@PICC bermula 15 Februari yang dianjurkan Rayme selaku Pengarah Urusan Raydiates Blue Sdn. Bhd.

Bekas peserta rancangan realiti All Together Now (2022) Gema Raya Putrajaya 2026@PICC merupakan festival raya yang dianjurkan sepenuhnya oleh Raydiates Blue Sdn. Bhd. dengan kerjasama PULSE Group serta sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Festival itu menggabungkan keusahawanan, seni budaya, program kerohanian serta inisiatif kebajikan komuniti, dengan penyertaan hampir 300 vendor dan jangkaan kehadiran sehingga 800,000 pengunjung yang turut berpeluang memenangi hadiah utama berupa Proton e-MAS 5.

Turut serta sebagai Rakan Strategik edisi pertama Gema Raya Putrajaya adalah GRAB, MindLab, Red Circle Studio, Happy Token, Aunim Model, Mahardika Production, JBS Solutions, Monster Outdoor, Anjung E.A.T.S, GG Coffee dan Rakan Pelaksana POUCHES MY.

“Selain barisan agamawan terkenal yang telah di susun dalam pengisian kerohanian untuk program Nur Ramadan, kehadiran barisan artis popular ini dijangka menjadi tarikan utama kepada pengunjunguntuk hadir dan membeli-belah sempena menyambut bulan Ramadan dan perayaan Aidilfitri sepanjang tempoh 33 hari penganjuran selain pengisian kerohanian dan seni budaya.

Antara barisan artis popular yang akan muncul di Gema Raya termasuklah Aina Abdul, Ernie Zakri, Khai Bahar, Amir Masdi dan Nabila Razali yang akan membuat persembahan pada hujung minggu terpilih.

Tambahnya, turut memeriahkan acara adalah Bella Astillah serta artis meningkat naik iaitu juara sulung program realiti nyanyian Raise The Star Malaysia, Didie Shazry, dan kumpulan Alpha yang ditubuhkan menerusi program Big Stage Alpha. – GIT MEDIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *