December 8, 2024

Mami Dedi Seronok Bantu Followers Jadi Usahawan

CYBERJAYA : Pasangan Influencer media sosial yang dikenali dengan nama Mami Dedi seronok berjaya membantu pengikut mereka menjadi usahawan.

Mereka berkata sehingga kini seramai 58 usahawan sudah berdaftar menjual barangan keluaran Mami Dedi iaitu kopi durian belanda dan snek popia rangup.

“Kami sendiri terharu dengan sambutan yang diterima kerana mereka sangat mempercayai produk kami malah ada yang sudah menyatakan persetujuan ketika peringkat awal diperkenalkan.

“Kesemua mereka memang pengikut kami di media sosial dan sentiasa mengikuti aktiviti serta perkembangan kami,” kata Mami.

Pasangan suami isteri berusia 34 tahun dan berasal dari Kelantan ini popular menerusi akaun media sosial mereka menggunakan nama Cikamie Ku Gangster.

Mami atau nama sebenarnya Alamin Mohammad berkata, mereka juga memilih perniagaan kopi kerana ia digemari ramai selain jangka hayat produk yang panjang.

Dedi atau Mohd Azuan Mohd Noor menambah, kopi yang dilancarkan Sabtu lalu itu turut melalui proses kajian serta penyelidikan bagi menghasilkan produk yang baik.

“Kami mensasarkan jualan kopi ini mampu mencecah nilai RM1 juta dalam masa setahun,” katanya.

Mengulas mengenai tagine produk mereka ‘Sedakkk la Nyahhhh!!’, Dedi berkata ia bukan merujuk atau menyindir golongan Mak Nyah sebaliknya ia dialek daerah negeri Cik Siti Wan Kembang yang membawa maksud sangat sedap.

“Kami memang gemar guna perktaan nyah setiap kali live jadi dah terbiasa dan pengikut pun tahu serta kenal identiti kami itu,” tambah Mami.

Penyanyi Azharina Azhar turut menghiburkan tetamu pada majlis perasmian yang berlangsung Sabtu lalu. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts