SERDANG : Artis serba boleh Jaafar Onn, 72, meninggal dunia di Hospital Serdang sebentar tadi selepas dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Allahyarham Jaafar sebelum ini dimasukkan ke hospital berkenaan selepas mengalami berak berdarah.
Penyampai radio dan penyanyi Haiza ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan dalam perjalanan ke hospital.
“Saya dimaklumkan oleh anak angkat papa, Hanif dalam jam 11 lebih tadi dan dalam perjalanan ke hospital.
“Ye papa dah tak ada. Mohon semua doakan,” katanya dalam nada sebak.
Haiza antara selebriti yang paling rapat dengan Jaafar malah sempat berkongsi gambar melawat allahyarham di hospital baru-baru ini.
Anak angkat Jaafar, Mohamad Hanif Hashim, 30 sebelum ini memaklumkan
bapanya itu di masukkan ke wad kecemasan, Hospital Sultan Idris Shah Serdang (Hospital Serdang) kerana berak berdarah ketika membuang air besar. – GayahIsTyping
You may also like
-
Pak Lah Meninggal Dunia – PM Ke-5 Hembus Nafas Terakhir di IJN
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual