October 11, 2024

Siti Nordiana ‘Sanding’ Dengan Peminat

KUALA LUMPUR : Siti Nordiana tetap akan bersanding meskipun tanpa lelaki pilihan sebaliknya mahu meraikan rasa cinta bersama peminat yang lebih dua dekad setia bersamanya.

Lebih mesra disapa Nana, penyanyi itu berkata dia bakal mengadakan konsert perdana Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun pada 11 Mei depan di Zepp KL, Kuala Lumpur.

“Saya dengan rendah hati memohon maaf jika ada pihak yang salah faham dan menyangka saya akan mendirikan rumah tangga selepas tersebarnya foto berbusana pengantin baru-baru ini.

“Sebenarnya fotografi itu diadakan khusus untuk acara istimewa sepanjang lebih dua dekad saya berkecimpung dalam dunia seni khususnya muzik iaitu Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun.

“Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun terlalu istimewa buat saya kerana akan menjadi panggung dan ‘pelamin khas’ untuk saya meraikan karier bersama peminat yang tidak pernah berhenti menyokong perjalanan muzik saya selama ini,” katanya.

Nana dijangka akan menghiburkan penonton dengan lagu yang pernah mengangkat namanya dalam industri seni seperti Bukan Mengungkit Tapi Membangkit, Tak Upaya Menangis Lagi sehingga Satukan Rasa.

Pada malam konsert itu, penonton boleh memakai baju bertemakan memori silam bagi membangkitkan suasana sekali gus ‘larut’ dalam momen itu.

Harga tiket bermula RM188 (Paling Comel), RM228 (Memori Berkasih), RM308 (Mainan Cinta), RM4888 (VIP Box, 8 pax per box). Ia boleh dibeli secara dalam talian di www.ticket2u.com.my atau hubungi talian hotline 012 6530 700 (WhatsApp). – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts