March 20, 2025

Khai AF Pengsan Tiba-Tiba – Terima Dua Jahitan Di Dahi

Penyanyi Khai Wahi yang juga popular dengan nama Khai AF menerima dua jahitan di dahinya selepas jatuh pengsan secara tiba-tiba ketika berada dalam bilik air rumahnya dalam kejadian Rabu lepas.

Khai bagaimanapun bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan kesihatannya berada dalam keadaan stabil.

Penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Dambaan Pilu itu berkata, kejadian berlaku mungkin disebabkan oleh tekanan gula rendah dalam badan.

“Pertama kali dalam seumur hidup saya pengsan. Allahuakbar, pengalaman yang tidak akan saya lupakan.

“Alhamdulillah, doktor memberitahu keadaan saya semua ok. Keputusan dari darah pun baik, jantung pun baik,” katanya.

Mengulas lanjut, Khai berkata hanya bermula dengan sakit perut yang sangat teruk pada pagi hari kejadian.

“Saya menahan sakit sampai tak sedar saya pengsan, sedar-sedar dah terbaring atas lantai bilik air dan bila tersedar tengok atas lantai dah penuh darah.

“Saya bangan dan ambil towel sambil lap muka yang penuh darah terus saya jerit panggil Rosma dan dia beritahu dahi saya luka yang dalam.

” Rosma dibantu anak lelaki saya serta adik ipar yang kebetulan ada di rumah terus bawa saya ke klinik berhampiran untuk rawatan lanjut,” kongsi Khai.

Akui Khai dia agak trauma dengan kejadian itu dan menjadikan ia sebagai peringatan supaya bangun tidur dalam keadaan duduk serta tenang sebelum bergerak.

Dia juga bersyukur dapat meneruskan tugas menyanyi sepanjang Ramadan di Buffet Ramadan Cita Rasa Klasik Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Khai dan Rosma juga turut melancarkan lagu raya berjudul Raya Buat Semua baru-baru ini. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts