March 20, 2025

Elemen Lawak Seram Lagu Raya – ZUS Coffee Lancar Lagu Cerita Malam Raya

Bukan saja pereka fesyen, usahawan dan artis berlumba-lumba melancarkan lagu raya bagi memeriahkan sambutan Syawal, malah jenama kopi terkenal turut serta.

ZUS Coffee kembali mencipta kelainan dalam sambutan Hari Raya dengan mempersembahkan sebuah karya unik yang menggabungkan elemen hiburan, nostalgia, dan semangat kekeluargaan.

Melalui kempen Sembang-Sembang dengan ZUS, jenama kopi terkenal ini memperkenalkan lagu ‘Cerita Malam Raya’, sebuah lagu yang menghidupkan suasana perayaan dengan sentuhan lawak seram, mengingatkan kita akan kisah-kisah hantu yang sering menjadi topik perbualan di malam Hari Raya.

Sebagai jenama yang mengutamakan hubungan antara manusia, ZUS Coffee menggunakan lagu ini sebagai satu medium untuk mengajak masyarakat kembali kepada tradisi bersembang bersama keluarga dan rakan-rakan, tanpa gangguan telefon bimbit.

Di sebalik lagu ini, wujud kolaborasi mantap antara Faithful Music, Loko Films, Luqman Podolski, dan Zeppo Youngsterz Crew. Dengan gabungan elemen muzik yang rancak, jalan cerita yang lucu serta sentuhan seram yang menghiburkan,

“Cerita Malam Raya” mengangkat budaya perbualan larut malam dalam kalangan keluarga Malaysia ke dalam satu konsep muzik yang segar.

MenurutPengarah Kreatif ZUS Coffee Shafiqah Othman , projek ini lebih daripada sekadar hiburan.

“Kami mahu mengingatkan rakyat Malaysia tentang keindahan berbual dan meluangkan masa bersama keluarga, terutama sekali di Hari Raya.

“Lagu ini bukan sahaja menghiburkan tetapi juga menyampaikan mesej bahawa kenangan paling bermakna adalah yang dikongsi bersama,” katanya.

Bagi Luqman Podolski, pengalaman terlibat dalam penghasilan lagu ini membuka perspektif baharu terhadap muzik Raya.

“Saya suka bagaimana lagu ini membawa sesuatu yang berbeza – gabungan seram dan Raya.

“Hantu-hantu dalam video muzik ini memang menggerunkan, tapi dalam masa yang sama, kami harap ia menghiburkan dan membawa kegembiraan kepada semua,” katanya.

Untuk menambah kemeriahan, ZUS Coffee turut melancarkan Cabaran Tarian Cerita Malam Raya di TikTok, di mana peserta boleh memenangi kopi percuma selama setahun dengan hanya menampilkan gerak tari kreatif mereka menggunakan lagu ini.

Selain itu, rakyat Malaysia juga digalakkan berkongsi pengalaman perayaan mereka melalui tanda pagar #SembangSembangDenganZUS, meneruskan tradisi berkongsi cerita lucu atau seram ketika Hari Raya.

Video muzik “Cerita Malam Raya” boleh ditonton mulai 7 Mac, jam 9 malam di saluran rasmi ZUS Coffee di Instagram, Spotify, TikTok, dan YouTube di https://youtu.be/BbxDOKXd5ic  – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts