March 20, 2025

Beraya Dengan Biduanita Negara – Siti Nurhaliza Pamer Koleksi Busana Peribadi Sempena Budaya Raya

Bagi memeriahkan sambutan Syawal kali ini, peminat penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza berpeluang melihat lebih dekat 20 koleksi busana yang pernah disarungkan sepanjang kerjaya seninya.

Pameran eksklusif mempamerkan koleksi peribadi merangkumi pakaian raya serta beberapa kejayaan pernah diraih dalam dan luar negara untuk tatapan peminat sehingga awal Syawal nanti di pusat beli belah Pavilion Kuala Lumpur.

Biduanita Negara itu berkata, pameran itu sangat bermakna kerana ia sebahagian dari impiannya untuk mewujudkan muzik kerjaya seninya pada masa akan datang di mana sempena Budaya Raya ini koleksi baju pada pameran itu ialah koleksi baju yang pernah digayakannya sejak awal pembabitan dalam karier seni termasuk baju raya.

“Selain itu, terdapat beberapa anugerah yang saya menang turut dipamerkan nanti seperti Anugerah Bintang Popular, Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Industri Muzik.

“Saya juga memang ada impian sebenarnya untuk buka galeri sendiri tapi belum jumpa lokasi sesuai dan mungkin ini adalah permulaan untuk saya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Budaya Raya berlangsung semalam yang juga memberinya peluang menjadi selebriti pertama di Malaysia bekerjasama dengan pusat beli-belah ternama itu.

Siti Nurhaliza turut meluangkan masa berbuka puasa bersama media dan hadirin di Restoran Serai di pusat beli belah berkenaan.

Sempena Ramadan ini, Siti Nurhaliza, 46, juga memberitahu, beliau bakal melancarkan lagu raya terbaharu tidak lama lagi selain mengharapkan sokongan terhadap lagu Tak Balik Raya yang dirakamkan anak saudaranya, Umairah.

Katanya, lagu Tak Balik Raya itu baru dilancarkan Umairah semalam dan semoga ia diterima baik pendengar muzik tanah air berikutan selepas Ramadan bagi meraikan kedatangan Syawal.

Lagu ciptaan penyanyi muda Aisha Retno dan adiknya itu akan dilancarkan pada 12 Mac ini di pusat beli belah sama.– GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts