February 25, 2024

Ayda Jebat Selamat Lahirkan ‘Baby Boy’

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat selamat melahirkan anak keduanya seorang bayai lelaki pagi tadi.

Penyanyi lagu Pencuri Hati itu berkongsi berita gembira berkenaan menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.

Suami kepada Ayda, Nabil Mahir turut memuat naik hantaran sama di laman Instagram miliknya. .

“Alhamdulillah lahirnya putera kami pagi tadi. Syukur segalanya dipermudahkan. Terima kasih atas semua doa kalian.

“12.12.2023…(Takde sale, dah tanya dah hihu). Sekarang Mommy and Dadaa tengah back to Zombi world,” kongsi Ayda dalam hantaran itu.

Ketika berita ini ditulis, hantaran Ayda itu mendapat hampir 20,000 tanda suka dan lebih 200 komen ucapan tahniah daripada peminat dan teman selebriti termasuk Datuk Aznil Nawawi.

Difahamkan, Ayda bakal menjalani tempoh berpantang di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Untuk rekod, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan melahirkan anak pertamanya, Ana Nayla yang berusia dua tahun, pada 21 September tahun sama. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts