December 11, 2023

Fazley Yaakob Tewaskan Duta SO7

INDONESIA: Penyanyi Datuk Fazley Yaakob dan pelakon Imran Aqil meraih kejuaraan menentang vokalis terkenal, Duta Sheila on 7 dan hos Vincent Rompies dalam perlawanan persahabatan yang diberi nama Tepok Bulu ’23.

Wakil regu dari Malaysia itu  menang bergaya setelah menumpaskan regu Indonesia berkenaan dengan dua set kemenangan.

Fazley dan Imran menang di set pertama dengan skor akhir 21-13 dan menumpaskan Duta serta Vincent dengan 21-12 pada set kedua sekali gus diumumkan pemenang pertama dalam pertandingan persahabatan membabitkan selebriti Malaysia dan Indonesia berkenaan.

Menerusi akaun Instagram milik Imran, dia memuat naik foto dirinya sedang tidur bersama piala kemenangan dan menzahirkan terima kasih kepada pasangannya, Fazley kerana bermain dengan baik. Dia juga mengaku sempat terpegun melihat Duta S07 dan tidak sangka dapat berlawan dalam pertandingan tersebut.

“Selalu tengok dalam Youtube dan dengar lagu saja. Tak sangka dapat berada dalam satu gelanggang yang sama. Mimpi jadi nyata! Starstruck terus main!,” ujarnya.

Terdahulu, Fazley dalam satu sidang media berkata, beliau teruja kerana lokasi perlawanan itu mempunyai nilai sentimental kepadanya ketika zaman kecil.

“Saya pernah ikut bapa di sana dan memang seronok dapat peluang bermain di sana. Saya juga memang aktif badminton,” katanya.

Selain Fazley dan Imran, selebriti Malaysia turut ikut bertanding dalam regu campuran adalah Atu Zero dan Atita Haris. Mereka bagaimanapun tumpas 2-1 di tangan pelakon Gadis Kretek, Arya Seloka dan Ziva. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts