Usanita Sdn Bhd, melalui cabang terbarunya Usanita Entertainment komited dalam membina empayar dalam dunia hiburan menerusi projek terbarunya menerbitkan drama siri pertama.
Drama ini akan diarahkan oleh sutradara tersohor, Erma Fatima, dan menampilkan Fattah serta Sophia sebagai watak utama.
Drama ini akan ditayangkan secara eksklusif di platform digital TikTok Usanita, menawarkan pengalaman tontonan baharu kepada penonton.
Pada masa sama, badan itu turut mengumumkan pelantikan Fattah Amin sebagai Duta Eksklusif dan Sophia Albarakbah sebagai Wajah Baharu bagi tahun 2025.
Ketua Pegawai Eksekutif Usanita, Datuk Adzliana Prof Dr Hasan, berkata langkah itu menandakan komitmen berterusan Usanita dalam memperkasa industri kreatif tempatan dan membawa bakat seni Malaysia ke peringkat global.
“Pelantikan Fattah Amin dan Sophia Albarakbah serta penerbitan drama bersiri pertama ini adalah bukti kesungguhan kami untuk menjadi perintis dalam menggabungkan seni kreatif dan teknologi digital.
“Usanita Entertainment bertujuan bukan sahaja untuk mempromosikan seni Malaysia tetapi juga memperkukuh hubungan industri kreatif dengan masyarakat secara global.”
Selain itu, Usanita turut mengumumkan kesinambungan program Bridge to Brilliance 3.0, yang akan berlangsung di Oxford, London pada Februari 2025.
Program ini bertujuan untuk menggalakkan perbincangan bermakna mengenai kepimpinan dan keusahawanan sosial bersama Adzliana sekali gus mencipta sejarah sebagai wanita pertama yang menganjurkan sesi townhall di Oxford.
“Bridge to Brilliance 3.0 adalah platform untuk menyatukan pemimpin dan usahawan sosial dari seluruh dunia, mencetuskan idea-idea baharu yang boleh membawa perubahan positif,” katanya.
Sementara itu bercakap tentang penglibatan dalam Usanita Entertainment, Fattah bersama pelakon Sophia Albarakbah akan diberi tanggungjawab sebagai wajah mempromosikan syarikat berkenaan.
Memberi fokus kepada bidang hiburan kedua-dua mereka akan tampil dalam sebuah drama untuk siaran digital.
Drama arahan tersebut sebagai langkah mempromosikan produk usahawan di bawah Usanita. – GayahIsTyping
You may also like
-
Komedi Islamik Dalam Isan Nikah – Filem Tentang Halangan Perkahwinan Gadis Muslim Dan Jejaka Buddha
-
DiA Misha Omar Riwayat Cinta 20 Tahun Buat Semua – Hitam Putih Perjalanan Karier Seni
-
AMT 2025 Catat Lepasi 1 Juta Undian Rasmi – Impak Luar Biasa Sokongan Peminat
-
Keluang Man Kini Di Astro First – Juga Boleh Di Tonton Di Sooka
-
Akhirnya Amir Masdi Dedah Bakal Kekasih – Rakam Muzik Video Di Manchester