Raja Pop Datuk Jamal Abdillah mendedahkan beliau lebih gemar memakai wangian wanita berbanding lelaki kerana gemar haruman yang lebih manis.
Akuinya, beliau sudah mula memilih dan memakai wangian wanita sejak muda serta mempunyai ratusan koleksi haruman pelbagai jenama.
“Saya memang suka pewangi wanita kerana selesa dengan bau yang manis dan tidak terlalu kuat berbanding bauan lelaki yang terlalu kuat.
“Memang sejak muda saya memilih pewangi wanita dan kini saya ada lebih seratus pewangi yang saya simpan serta gunakan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran wangiannya dengan jenama Verlune.
Mengenai wangian yang dilancarkan, penyanyi Kekasih Awal dan Akhir itu berkata perniagaan wangian itu dihadiahkan kepada isterinya Datin Zai Izzati.
“Saya rasa sangat bersyukur apabila ramai yang sudi hadir meluangkan masa dan memberi sokongan pada majlis pelancaran Verlune by Dato’ Jamal.” katanya.
Tambahnya, wangian itu adalah hasil rekaannya yang diilhamkan menerusi cinta dan kasihnya
kepada isteri tersayang iaitu Datin Zai Izzati.
Beliau turut mendedikasikan perniagaan wangian itu kepada isterinya yang
menandakan satu kejayaan dalam perkahwinan mereka.
Memilih nama Verlune, menurut Jamal ia membawa maksud bulan di dalam bahasa Perancis.
Jelas penyanyi itu, ia juga melambangkan keteguhan, cahaya dan cintanya kepada isteri yang menjadi tulang belakang dalam setiap kejayaan yang dikecapi.
“Sebenarnya nama Verlune ini jika diterjemahkan dalam bahasa Perancis bermaksud bulan.
“Bulan mencerminkan ketenangan dan kestabilan yang saya alami sendiri di
tengah-tengah kerumitan serta ujian dalam kehidupan profesional saya sebagai seorang penyanyi.
“Boleh dikatakan bulan yang saya maksudkan itu ialah isteri tercinta saya dan melambangkan keteguhan, cahaya dan cinta,” ujarnya yang teruja menanti bayi bakal dilahirkan isterinya Januari depan.
Hero filem Azura itu berkata wangian campuran bunga dan woody notes yang mewah direka untuk memancarkan
keanggunan dan gaya hidup moden.
Sementara itu, harga runcit bagi minyak wangi Verlune by Dato’ Jamal adalah RM198 namun harga serendah RM149 dan boleh dibeli melalui platform dagangan e-digital TikTok Shop @lecreateurdesparfum . – GayahIsTyping
You may also like
-
Komedi Islamik Dalam Isan Nikah – Filem Tentang Halangan Perkahwinan Gadis Muslim Dan Jejaka Buddha
-
DiA Misha Omar Riwayat Cinta 20 Tahun Buat Semua – Hitam Putih Perjalanan Karier Seni
-
AMT 2025 Catat Lepasi 1 Juta Undian Rasmi – Impak Luar Biasa Sokongan Peminat
-
Keluang Man Kini Di Astro First – Juga Boleh Di Tonton Di Sooka
-
Akhirnya Amir Masdi Dedah Bakal Kekasih – Rakam Muzik Video Di Manchester