KUALA LUMPUR: Awesome TV membuktikan stesen itu memang ‘awesome’ meskipun baru berusia dua tahun apabila dipilih penerima Anugerah Best In Consumer Satisfaction pada Majlis MCMC Star Rating Awards 2021.
Stesen berkenaan memenangi naugerah itu bagi kategori stesen televisyen percuma yang disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Turut sama menyampaikan anugerah berkenaan ialah Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Seri Mohammad Mentek dan Ketua Pegawai Operasi SKMM Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus.
Anugerah yang disampaikan kepada Pengarah Urusan Awesome TV, Johan Ishak itu sebagai pengiktirafan terhadap kepuasan pengguna untuk perkhidmatan
cemerlang yang ditawarkan oleh Awesome TV kepada rakyat Malaysia.
MCMC Star Rating Awards mula dianjurkan pada 2016 untuk mengiktiraf perkhidmatan cemerlang industri
berdasarkan peranan penting yang diketengahkan dalam menyediakan perkhidmatan cemerlang menerusi tiga sektor utama iaitu industri telekomunikasi, penyiaran dan industri kurier.
Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV Datuk Adam Ilyas berkata pengiktirafan cemerlang yang diberikan oleh pihak SKMM sebagai sebuah penghormatan yang cukup membanggakan.
“Pencapaian ini membuktikan segala usaha keras dan komitmen berterusan Awesome TV selama ini berjaya memberi kepuasan kepada segenap lapisan masyarakat
terhadap perkhidmatan dan kandungan berkualiti yang ditawarkan oleh kami,” katanya.
Untuk rekod juga, berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh firma penyelidikan, pengguna dan media, Nielsen Malaysia Awesome TV telah berjaya mencatatkan jumlah tontonan terkumpul yang
melonjak sehingga 2.6 bilion sejak stesen ini mula beroperasi pada tahun 2020 sehingga kini. – GayahIsTyping
You may also like
-
Pak Lah Meninggal Dunia – PM Ke-5 Hembus Nafas Terakhir di IJN
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan
-
Yayasan Prihatin Salur RM1.5 Juta Sumbangan – Siri 25 Jelajah Ramadan Seluruh Negara
-
Yayasan Nurjiwa, Yayasan Prihatin Dan Cuckoo Anjur Majlis Silaturahim – Ceriakan Sambutan Syawal Mereka Yang Memerlukan