October 11, 2024

Tiga Telefilem Air Mata Syawal Astro

PETALING JAYA : Astro pernah muncul dengan koleksi telefilem air mata hebat setiap kali sambutan Syawal yang membuatkan pelanggannya ternanti naskhah berkenaan saban tahun. 

Syawal kali ini, Astro menerusi siaran Astro Ria mempertaruhkan tiga drama air mata pada tiga malam sambutan Aidilfitri bagi mengimbau drama-drama hebat terbitan mereka seperti Pondok Buruk.

Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima, Norzeha Mohd Salleh berkata tiga naskhah yang dipilih kali ini juga bakal menjentik emosi penonton.

“Kita akui hal itu dan memang ada permintaan untuk drama air mata seperti yang semua tahu. Kali ini kami tampilkan kisah termasuk kisah suami isteri yang seorang daripadanya hilang ingatan. 

“Juga drama pengorbanan adik beradik serta kesilapan dalam kehidupan yang dilakukan,” katanya kepada GayahIsTyping pada sesi prebiu Rancangan Syawal Astro baru-baru ini.

Tiga drama berkenaan ialah Hijab Pendosa, Pinggan Retak Di Tapak Tangan dan Kurung Kerawang Untuk Adik di mana kesemuanya akan ditayangkan pada jam 11 malam selama tiga hari berturut-turut bermula Syawal pertama.

Drama-drama berkenaan juga menampilkan pelakon hebat seperti Bell Ngasri, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Fauziah Nawi, Shafie Naswip dan Noor Khiriah. 

Selain itu juga Astro menerusi platform digitalnya, Gempak bakal menampilkan rancangan No Filter sebuah bual bicara santai yang dihoskan oleh Elly Mazlien atau Kak Lina Pom Pom.

Rancangan ini menampilkan 10 selebriti sensasi dan kontroversi yang akan menjawab soalan panas secara spontan. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts