KUALA LUMPUR : Bella Astilah mengakui dirinya sudah terlalu penat berdepan dengan kemelut rumah tangga dengan Aliff Aziz.
Malah, harapannya agar penceraian berlaku hari ini sebagai noktah atas segala pahit yang ditempuh tidak menjadi kenyataan apabila Aliff enggan bercerai dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.
“Saya sebenarnya sudah terlalu penat dan memang tak sangka dengan keputusan hari ini.
“Selebihnya saya tidak mahu komen sebab saya dah banyak jawab semalam dan saya tak sangka dan ingat semuanya akan selesai hari ini. Siapa tak sayangkan rumah tangga, tiada siapa yang berkahwin nak bercerai,” katanya.
Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berkata perceraian adalah perkara yang paling ditakutinya namun nekad berbuat demikian kerana sudah tidak sanggup lagi berada dalam keadaan sedemikian.
“Ini kali kedua saya datang mahkamah, ingat saya suka ke naik turun mahkamah?
“Perceraian adalah perkara yg paling saya takutkan sebab itu saya pertahankan selama bertahun-tahun tetapi saya rasa sudah cukup untuk saya pertahankan semua ini,” katanya lagi.
Hari ini, mahkamah menetap 4 Jun depan sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas Aliff enggan menceraikan Bella hari ini atas alasan masih menyayanginya. – GayahIsTyping
You may also like
-
Fattah Fazura Cerai: Nafi Curang, Tak Sangka Buka Aib
-
Fazura Fattah Cerai – Abai Nafkah, Tiada Persefahaman Dan Curang
-
Terima Kasih Suria FM – Buka Peluang Penyanyi Dikir Kelantan Ketengahkan Bakat
-
Abang Bomba Pendengar Setia Suria FM – Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire Tarik Peminat Brunei, Singapura
-
Teater Nilamsari – Angkat Perjuangan Seni Dan Persilatan