KUALA LUMPUR: Gimik pergaduhan antara Fasha Sandha dan adiknya Elisya yang bertebaran di media sosial tidak Berjaya menggelirukan netizen apabila rata-rata tidak mempercayai dua adik beradik selebriti ini bertelegah dek kerana hubungan baik mereka yang diketahui selama ini.
Majoriti dapat mengagak ia hanyalah gimik, memandangkan Fasha dan Elisya diketahui sangat menjaga hubungan kekeluargaan sejak dahulu lagi dan menjadi contoh dalam kalangan selebriti.
Segala spekulasi mengenai hubungan mereka akhirnya terjawab apabila kedua-dua pelakon itu tampil bersama pada majlis pengumuman kerjasama Gardenia NuMee di Saloma, Kuala Lumpur, semalam.
Lebih menarik, Fasha terus mendapat kepercayaan jenama berkenaan apabila dikekalkan sebagai duta untuk tahun ketiga berturut-turut, manakala adiknya, Elisya pula diperkenalkan sebagai Rakan Jenama baharu.
Daripada kisah kononnya bermasam muka, kini kedua-duanya bergandingan dalam satu kempen yang meraikan kasih sayang dan hubungan kekeluargaan.

Mengulas mengenai gimik berkenaan, Fasha mengakui ada kenalan rapat yang benar-benar menyangka hubungan mereka sedang dilanda masalah selepas melihat hantaran beremosi di media sosial.
Bagaimanapun, pelakon itu menjelaskan hubungan mereka masih baik, malah perselisihan kecil atau merajuk manja merupakan perkara biasa dalam kehidupan adik-beradik.
Elisya pula mengakui ramai pengikutnya tidak mempercayai gimik berkenaan kerana sudah mengetahui betapa akrab hubungan mereka.
Daripada Kasih Sayang Kepada Kerjasama
Di sebalik perhatian terhadap gimik itu, kerjasama terbaharu ini membawa makna tersendiri apabila Fasha dan Elisya berpeluang berkongsi pentas sebagai wajah kepada jenama yang sama.
Bagi Gardenia NuMee, pemilihan Fasha untuk meneruskan kerjasama bukan sekadar bersandarkan popularitinya sebagai pelakon, sebaliknya turut mengambil kira personaliti mesra serta imej kekeluargaan yang dekat dengan masyarakat.
Kehadiran Elisya pula dijangka menyuntik perspektif baharu, khususnya dalam usaha mendekati generasi muda melalui kandungan digital, aktiviti interaktif dan pelbagai inisiatif media sosial.
Menurut Eksekutif Pemasaran Gardenia NuMee, Ida Nadiana Buang, kesinambungan kerjasama bersama Fasha mengambil kira keberkesanan pelakon itu dalam membina hubungan dengan pengguna sepanjang dua tahun terdahulu.
Gabungan dua personaliti daripada generasi berbeza itu juga dilihat mampu memperluas pendekatan jenama dalam mendekati keluarga Malaysia.

NuMee Bukan Sekadar Mi Segera
Seiring kerjasama terbaharu ini, Gardenia NuMee turut mengetengahkan rangkaian Signature Tom Yam dan Signature Laksa Kari yang menawarkan pilihan cita rasa tempatan.
Signature Tom Yam tampil dengan kombinasi rasa pedas dan masam bersama kuah berkrim, sementara Signature Laksa Kari menampilkan kuah pekat dengan aroma rempah.
Selain itu, Fasha dan Elisya bakal berkongsi pelbagai idea resipi kreatif menggunakan lima pilihan perisa Gardenia NuMee iaitu Ayam, Mi Goreng Asli, Kari, Laksa Kari dan Tom Yam.
Dengan slogan “Hanya Ini Yang Anda Perlukan”, jenama itu mahu terus menjadi sebahagian daripada pilihan hidangan harian rakyat Malaysia. – GIT MEDIA
