SHAH ALAM : Memiliki badan bersaiz besar bukan alasan untuk menyarung apa saja yang ada.
Kini, pelbagai alternatif tersedia di pasaran untuk koleksi pakaian bersaiz besar termasuk jenama Bob Rock Clothing yang terletak di Plaza Shah Alam, Seksyen 9 di sini.
Dengan harga berpatutan, butik baju bersaiz besar ini menawarkan koleksi lengkap pakaian dari baju, seluar, aksesori dengan pelbagai gaya serta corak.
Terbaharu, Bob Rock tampil dengan seleksi kemeja jalur menggunakan material sangat selesa dan sejuk.
Tidak dinafikan, itu nilai tambah pada jenama ini iaitu pemilihan material yang sesuai dengan orang berbadan besar.
Staf di butik juga sangat membantu dan peramah dalam melayan pelanggan serta bijak membuat kita rasa selesa.
Berbalik kepada koleksi kemaja jalur yang menjadi ‘Best Seller’ ketika ini, boleh digayakan dalam acara formal juga santai.
Selain material, jahitan juga kemas serta kuat untuk golongan bersaiz besar.
Size pakaian di sini sehingga ke ukuran 6XL dengan anggaran berat sehingga 180 kilogram sesuai dengan ukuran badan lelaki Asia.
Secara keseluruhannya, Bob Rock Clothing sebuah jenama premium dengan koleksi pakaian untuk size besar yang wajar masuk dalam senarai beli belah anda.
Lebih menarik, mereka sentiasa ada tawaran istimewa dan kedah bayaran sangat mudah termasuk Atome. – GayahIsTyping
You may also like
-
RR By Rizman Ruzaini Kekal – Tambah Koleksi Selain Baju
-
Buka Puasa Hari-Hari Dengan Durian Musang King – Buffet Ramadan Hotel Tenera Terus Jadi Pilihan Ramai
-
Raikan Ramadan & Syawal – Julung Kali Di Damas Ramadan Market
-
Lebih 80 Hidangan Citarasa Nusantara – The Venue X Achara Saji Juadah Berbuka Berbaloi
-
Duo Pereka Fesyen Lancar Lagu Raya – Siti Nurhaliza & Aliff Syukri Sumber Inspirasi