PUCHONG : Tiada siapa yang didapati bersalah, tiada siapa juga yang menang dalam kes sama membabitkan Siti Nordiana dengan Syura dan Lan Solo bersama tiga yang lain.
Perkara itu dikongsi peguam Azlan Abdul Razak yang mengadakan sidang media permintaan Syura, Lan dan Shiela bagi menjelaskan mengenai keputusan yang dicapai secara bersama semalam.
“Tujuan sidang media ini ialah membetulkan persepsi awam berhubung kes yang berlangsung sejak 2021 dan bukan untuk mengkritik mana-mana individu.
“Kes ini sudah lupus (selesai) dan semua boleh meneruskan kehidupan seperti biasa tanpa perlu naik turun mahkamah,” katanya dalam sidang media yang diadakan di kediaman Lan dan Sheila di Kampung Sri Aman di sini.
Penyanyi Syura turut bersama dalam sidang media yang dihadiri kira-kira 20 wakil media.
Tambah Azlan keputusan yang dicapai itu berdasarkan tiga terma yang dipersetujui kesemua pihak defendan dan plantif iaitu tiada apa-apa pengakuan siapa betul atau salah kerana masing-masing sudah setuju untuk meminta maaf dan memaafkan.
Kedua, plaintif tidak mempunyai kebebasan untuk failkan semula perintah atau tidak boleh failkan semula kes ini di atas dasar yang sama.
Ketiga, tiada sebarang perintah mahkamah untuk mana-mana pihak membuat sebarang pembayaran dan kos.
Sementara itu, Lan berkata dia dan rakan-rakannya menyambut baik keputusan yang dicapai semalam dan meneruskan hidup serta kerjaya seni masing-masing.
“Alhamdulillah semua sudah selesai dan memang ini yang kami cadangkan sejak peringkat awal semasa proses mediasi namun tidak mencapai kesepakatan ketika itu,” katanya.
Syura menambah, pihak mereka sentiasa bersedia untuk memohon maaf dan mengakui kekhilafan yang berlaku.
“Cuma apabila ada pembayaran yang terlalu tinggi dituntut membuatkan kami terpaksa teruskan ke mahkamah,” katanya.
Lan dan Syura berkata, sidang media itu bagi menjelaskan kepada semua pihak selepas mereka akur dengan arahan peguam untuk tidak membuat sebarang kenyataan sepanjang lebih dua tahun kes berlangsung.
Kes saman fitnah RM2.5 juta dikemukakan penyanyi Siti Nordiana Alias terhadap lima sekawan iaitu penyanyi Lan Solo atau nama sebenarnya, Mohd. Razlan Mohamed Yusof, 38, isterinya, Nur Sheila Hassim, 38, serta penyanyi Syura atau Zuraidah Badron, 37.
Dua lagi ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar Samin, 45, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad Senusi, 43. – GayahIsTyping
You may also like
-
Sekuel Konsert Galau The Finale -Tampilkan Ungu, Rossa, Nidji, Fabio Asher, dan Exists
-
Babah Kisah Realiti Kasih Sayang – Ingatan Agar Hargai Seorang Bapa
-
Hanya Satu Nora Ariffin – Kekal Dalam Liga Penyanyi Terbaik Negara
-
Suria FM Kekal Barisan Penyampai – Catat Peningkatan 292 Ribu Pendengar
-
Balai Seni Negara Perkasa Kreativiti Generasi Muda – Program Sayembara Lukisan Karya Agung Cetusan Bakat Mahasiswa YAE Generation Artpreneur