KUALA LUMPUR : Pereka fesyen yang juga menantu kepada bekas Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri, Jovian Mandagie mengesahkan perkahwinannya sudah bernoktah sejak Ogos lalu.
Dia memaklumkan sudah bercerai dengan Nina Ismail dalam hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.
“Ada perkahwinan istimewa yang tercipta untuk seumur hidup, tapi perkahwinan kami pula berkembang menjadi persahabatan seumur hidup.
“Pada Ogos lalu, kami sama-sama bersetuju menamatkan perkahwinan kami yang berusia 10 tahun kerana kami percaya itu adalah yang terbaik,” kongsinya.
Dalam hantaran sama, Jovian turut berkongsi rasa syukur kerana sudah melakukan yang terbaik sepanjang menempuhi alam perkahwinannya bersama bekas isterinya itu sebelum masing-masing berpisah secara baik.
“Memandangkan kebahagian Jeanelle (anak) adalah kebahagian kami, maka kami sudah lakukan yang terbaik. Alhamdulillah,” katanya.
Pada masa sama, Jovian turut menyatakan perasaan terharu atas sokongan dan kata-kata positif daripada pengikutnya dalam laman sosial atas apa yang terjadi ke atas rumah tangganya.
“Sementara berita ini tidak dijangka, percayalah kami dalam keadaan yang baik. Apa juga yang anda saksikan dalam media sosial sejak empat bulan lalu adalah benda yang nyata.
“Kami tidak mungkin akan membenci antara satu sama lain memandangkan kami pernah berkongsi hodup selama hampir sedekad. Terima kasih untuk doa dan sokongan anda untuk babak baharu kehidupan kami ini,” katanya.
Jovian dan Nina yang juga kakak kepada penyangi Dafi itu, berkahwin pada 11 Disember 2013. Pasangan ini turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia enam tahun. – GayahIsTyping
You may also like
-
Balai Seni Negara Perkasa Kreativiti Generasi Muda – Program Sayembara Lukisan Karya Agung Cetusan Bakat Mahasiswa YAE Generation Artpreneur
-
Ayda Jebat Terus Jadi Pilihan – Ada Jenama Kekal Sejak Sedekad
-
Kerja ‘Gila’ Awie – Bakal Persembah Lagu Level ‘TRX’ Pada Konsert TRIAD
-
KRU Bakal Tawan Axiata Arena – Reunion Peminat Menerusi Konsert GenKRU
-
Biduanita Memukau Sukma, Judika Memikat Jiwa – Pukau Lebih 25 Ribu Penonton Dengan Paduan Vokal Gemersik