September 27, 2023

Kuih Che Abang Sedap

Ramadan dah masuk hari ke lapan belas. Masih ada yang merungut belum jumpa kuih muih memenuhi selera.

Gayah nak ajak anda semua ke Gerai Popia dan Kuih Muih Che Abang. Resipi kuih tradisi yang sudah beroperasi sejak 11 tahun.

Lagi power, kuih di gerai ini terutamanya popia dan tepung talam menjadi kegemaran seorang daripada bekas Perdana Menteri kita.

Gayah dah cuba, memang terus jatuh hati. Aneka kuih muih sedap dan tidak terlalu manis.

Pastinya popiah tiga versi pilihan iaitu goreng, basah dan sira antara tumpuan. Begitu juga talam cendol.

Orang kuat gerai ini, Mohammad Akbar Ramli, 54 berkata, untuk Ramadan lebih 1,000 biji kuih perlu disediakan bagi memenuhi permintaan.

“Resipi Popia dan aneka Tepung Talam merupakan resipi turun-temurun. Sejak mula bertapak, resipi asli ini berjaya memikat selera pelanggan,” katanya.

Menu seperti Seri Muka Durian turut mendapat permintaan tinggi kerana
menggunakan isi durian asli dan kaya dengan rasanya.

Talam Cendol
Talam Keladi dan Seri Muka
Popia

“Sebenarnya kuih Seri Muka Durian tidak putus-putus orang membelinya kerana kami
hanya menggunakan isi durian sebenar,” katanya.

Gayah ada juga tanya, kenapa nama Che Abang? Akbar berkata nama Che Abang diambil sempena dengan anak lelaki sulungnya yang akan mewarisi perniagaan suatu hari nanti.

Jomlah semua Geng Gayah, kita serbu gerai POPIA KUIH CHE ABANG di Lot 20 Bazaar Bulatan Uniten, Jalan Uniten, Kajang atau hubungi 019-222 7939.

Gayah memang ‘love’ kuih di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts