PETALING JAYA: Restoran anak jati Malaysia, Restoran Jasmine antara yang wajar menjadi kebanggaan Malaysia kerana semakin dikenali di London.
Malah, tidak keterlaluan andai kehadiran restoran ini sebenarnya menjadi pesona utama Malaysia di Kota London menerusi kulinari dan perkhidmatannya.
Restoran Jasmine ialah anak syarikat Mercu Group, erletak di kawasan elit London, Lexham Gardens, Kensigton, London. Sebuah Restoran milik Malaysia, sejak 2021.
Diterajui oleh Presidennya, Datin Seri Mastura Yusoff dengan sokongan korporat Mercu Group Malaysia, yang diketuai oleh Pengerusinya Datuk Sri Ahmed Sukimi Ibrahim.
Apa yang menarik, anda masih mampu menikmati hidangan seperti nasi lemak, rendang, masak lemak, asam pedas dan nasi kerabu meskipun berada beribu batu dari kampung.
Malah, Restoran Jasmine memastikan keenakan rasa asli terpelihara, dan lebih dari itu nasi daun pisang juga bukan perkara mustahil untuk dinikmati di restoran ini.
Terbaharu, satu memorandum persefahaman (MOU) dimetrai antara Restoran Jasmine dan Wawasanita (diwakili orang kuatnya Datin Norly) sebagai Rakan Strategik Pemerkasaan Wanita dan Keusahawanan untuk mengembangkan rangkaian perniagaan eksport dan perdagangan sedia untuk usahawan Malaysia menawan UK dan pasaran Eropah.
Untuk perancangan masa terdekat ialah pada Mei depan, menerusi penganjuran Asia Food Fiesta oleh Restoran Jasmine bersama peserta dari United Kingdom Muslim Community and Kedutaan (Baris Kedutaan Asia ) untuk majlis ini.
Para peserta akan mempromosi dan menghidangkan makanan istimewa dan masakan perayaan untuk negara mereka untuk dinikmati oleh semua sempena Sambutan Aidilfitri 2023.
Acara ini dijadualkan berlansung dari 5 hingga 7 Mei 2023, dengan Restoran Jasmine sebagai hos lokasi dan Wawasanita tetamu dari Malaysia untuk promosi dan tujuan Eksport yang dimaksudkan. – GayahIsTyping
You may also like
-
Ibu Scha Al-Yahya Meninggal Dunia – Awal Kongsi Kehilangan Ibu Mentua di IG Story
-
FestStar Influencer by Puterabell Saji Hiburan Keluarga – Makan Serta Konsert Percuma
-
PMNI Lahirkan Pendakwah Bertanggungjawab Bukannya Jadi Selebriti – Seimbang Ilmu Dunia Akhirat
-
Wawa Belanja 100,000 Unit Sunscreen Kanak-Kanak – Lancar Sempena Hari Lahir Anak
-
Janji Hadiah 25 Tahun Dayang Nurfaizah – Turut Dedikasi Buat Iman Imran