KUALA LUMPUR: Kumpulan vokal hip-hop dan R&B popular, Ruffedge terus mencuri hati peminat sepanjang usia 25 tahun berkecimpung dalam bidang seni, muncul dengan dua buah tangan baharu iaitu Belenggu dan Putus.
Lebih istimewa, dua karya itu dihasilkan sebagai tanda penghargaan kepada para peminat yang sentiasa menyokong perjalanan kerjaya muzik kumpulan yang dianggotai oleh Zain Hamid, Sein, Azan, Mode, dan Cat Farish.
Lagu Belenggu dan Putus menampilkan Suffren Ghafar selaku penerbit.
Apa yang menarik lagu Putus pula menampilkan kolaborasi bersama Lah Ahmad yang tidak asing lagi untuk bergandingan bersama Ruffedge di mana ia pastinya akan memberikan kesan yang mendalam buat pendengar dan peminat setia mereka.
Peka dengan isu semasa dan sosial yang melanda masyarakat sejak kebelakangan ini, kumpulan Ruffedge percaya ramai individu cenderung untuk menyimpan perasaan mereka sendiri.
Oleh itu, Ruffedfe mengambil inisiatif untuk mencipta lagu Belenggu sebagai satu wadah untuk mengungkapkan perasaan yang dialami oleh individu yang berdepan situasi berkenaan.
Putus pula mengisahkan entang perasaan kecewa disebabkan perpisahan yang berlaku sekali gus menghancurkan harapan dan impian yang dibina dalam sekelip mata.
Menerusi single Belenggu dan Putus (bersama Lah Ahmad), Ruffedge berharap buah tangan baharu mereka dapat diterima baik pendengar sewaktu awal kemunculan mereka suatu ketika dahulu.
Kedua-dua single itu boleh dimuat turun dalam aplikasi digital iTunes dan boleh didengari di semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music. – GayahIsTyping
You may also like
-
Ibu Scha Al-Yahya Meninggal Dunia – Awal Kongsi Kehilangan Ibu Mentua di IG Story
-
Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024 – Pentas Pemuzik Terbaik Negara
-
Wawa Belanja 100,000 Unit Sunscreen Kanak-Kanak – Lancar Sempena Hari Lahir Anak
-
Janji Hadiah 25 Tahun Dayang Nurfaizah – Turut Dedikasi Buat Iman Imran
-
Jangan Pandang Belakang 2 – Jin Tak Perlu Jaga Manusia