KUALA LUMPUR: Selepas mengaku sedang menyulam cinta, penyanyi dan juri nyanyian Mas Idayu mengakui sudah menerima tanda sebagai ikatan hubungannya dengan penerbit eksekutif sebuah stesen televisyen, Muhammad Sufian Che Isa, Ahad lalu.
Mas Idayu yang mesra disapa Mummy berkata, tanda yang berupa barangan kemas itu diberikan selepas ahli keluarga kedua belah pihak bertemu bagi berbincang lanjut menjelang hari bahagia mereka.
Mas Idayu atau nama sebenarnya, Mas Idayu Mesnun dan Sufian merancang untuk melangsungkan perkahwinan September depan.
“Baru beberapa hari pihaknya hantar tanda. Bukanlah bertunang atau merisik. Sesi tersebut lebih kepada saling mengenali keluarga dan dia hadir sekali memberikan ‘tanda’.
“Perjumpaan dilakukan di kediaman keluarga saya. Kiranya inilah Syawal paling bermakna untuk saya kot. Tarikh nikah sudah pun ada, cumanya kami tunggu masa sesuai untuk kongsikan.

“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Jujurnya saya pun tak menyangka dia ada memberikan tanda untuk hubungan kami. Apa yang Sufian berikan, biarlah rahsia dulu. Nanti saya akan beritahu di media sosial,” katanya.
Mengulas mengenai persiapan raja sehari, juri program baharu di Astro Ria, Karaoke Superstar ini menjelaskan ia sedang berjalan.
“Persiapan sudah pun 70 peratus, tinggal lagi untuk pilih lokasi dan beberapa hal lain. Ikutkan perancangan setakat ini, kami akan buat majlis berinai dan khatam al-quran

“Insya-Allah majlis nikah dilangsungkan pada pagi dan resepsi pula akan berjalan pada sebelah malamnya,” katanya yang bakal muncul dengan produk penjagaan wajah tidak lama lagi.
Pelantun lagu Cintaku 100% itu juga menyediakan hadiah khas dan eksklusif buat tetamu yang bakal hadir pada majlis perkahwinannya nanti.
Mas Idayu turut memuat naik video majlis menerima tanda itu di laman Instagram miliknya. – GayahIsTyping
You may also like
-
Makar Fest 2.0 Tarik 300,000 Pengunjung – Hargai Ikon Seni Muzik Tempatan
-
Jelajah Rockology 2025 – Gabungan Awie & Search KidDin
-
Perkenal Tiga Anugerah Baharu – KamiSempoi Golden Award 2024 Tambah Kategori
-
Sufian Suhaimi Sah Bernikah – Bergelar Suami Kepada Rania AL Sadat
-
Gandingan Tiga Vokal Hebat – Datin Alyah, Ayu Dan Idayu Janji Kenangan Terindah