May 27, 2024

YANA SAMSUDIN HAMIL ENAM BULAN, KINI BOS BAGOOS

KUALA LUMPUR: Selebriti serba boleh Yana Samsudin kini menambah satu lagi resumenya, apabila bergelar usahawan apabila memperkenalkan produk terbaru keluarannya, minuman Susu Oat Bagoos di Expo Makanan & Minuman Antarabangsa Selangor ke-9 yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Pada hari sama juga, isteri kepada Fadzil Zahari itu mengesahkan dia kini hamil anak yang ketiga selepas dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan sebelum ini.

“Saya dapat dua baby sekaligus, satu dah lahir namanya Bagoos satu lagi beberapa bulan lagi,” kata Yana tertawa.

Menerusi produk minuman Susu Oat Bagoos, Yana berhasrat untuk mendidik rakyat Malaysia tentang amalan tabiat pemakanan yang lebih sihat dan berkhasiat.

“Ini tidak bermakna menggantikan sepenuhnya makanan biasa, tetapi dengan memasukkan minuman Susu Oat Bagoos ke dalam rutin untuk rangsangan nutrisi yang lengkap.

“Yana membayangkan para ibu akan mempunyai masa yang lebih senggang untuk menyediakan sarapan pagi, kerana mengetahui bahawa minuman Susu Oat Bagoos bukan sahaja mudah tetapi juga menyediakan permulaan hari yang memuaskan dan menambah tenaga,” katanya.

Untuk membangunkan minuman Susu Oat Bagoos, Yana mendedikasikan hampir setahun untuk usaha penyelidikan dan pembangunan. Produk ini bebas tenusu, bebas gluten, dan sesuai untuk penghidap ekzema.

Susu Oat Bagoos didatangkan dalam tiga perisa iaitu Coklat, Kurma serta Oat & ‘Chia Seed’ .

Visi Yana melangkaui pengenalan minuman sihat malah berhasrat untuk memperkasakan wanita di Malaysia untuk memperoleh pendapatan tambahan melalui program ‘dropship’ dan menjadi ejen kepada produk Minuman Susu Oat Bagoos.

Pada masa ini, minuman itu dipromosikan secara eksklusif melalui gerai dan saluran dalam talian. Individu yang berminat boleh memperolehi pendapatan di antara RM500 hingga RM5000 sebulan dengan menjadi dropshipper. Maklumat lanjut tentang peluang ini boleh didapati di laman sesawang mereka. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts