December 8, 2024

Konsert SuriaVolusi : Suria FM Sumbang RM16,000 Untuk Palestine

PETALING JAYA: Disebalik kemeriahan Konsert SuriaVolusi yang berlangsung Sabtu lalu, Suria FM turut prihatin dengan usahanya menyumbangkan RM16,000 untuk tabung Palestine.

Selain bersyukur apabila lokasi pertama Suriavolusi di pusat beli-belah the Curve, Mutiara Damansara yang diadakan pada Sabtu lalu mencuri tumpuan hampir 3,000 pengunjung, stesen radio berkenaan dan AC Gas menyumbangkan RM11,000 buat tabung Palestine melalui Yayasan Nurjiwa.

Penyerahan sumbangan itu juga sudah dibuat kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza selaku wakil Yayasan Nurjiwa baru-baru ini.

Pengurus Besar Suria FM Roslinda Abdul Majid (DJ Lin) berkata, pihaknya juga berusaha untuk sentiasa mengingatkan para pengunjung yang hadir untuk bersama-sama memberikan sokongan juga bersolidariti untuk Gaza.

Selain itu, ujar DJ Lin, Suria FM dan AC Gas akan turut bekerjasama dengan organisasi Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia di Suriavolusi, KB Mall, Kelantan pada 28 Oktober ini termasuk sumbangan bernilai RM5,000.

Jadi, para pengunjung yang hadir membanjiri pentas Suriavolusi di Kelantan berpeluang untuk berhibur sambil menyumbang menerusi badan organisasi tersebut.

Suriavolusi di Kelantan akan turut disempurnakan dengan penyerahan sumbangan wang tunai daripada AC Gas kepada Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Dhuafa’ Darul Mizan, Masjid Al- Ridhuan Kubang Kerian dan Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts