HULU LANGAT : Aina Abdul mengaku pernah terasa hati mengenai teguran Maestro Muzik Malaysia Datuk Ramli MS mengenai rata-rata penyanyi baharu yang tidak mempunyai album sendiri.
Namun, dia berterima kasih kerana hal itu menyuntik semangat dirinya sehingga lahirnya album sulung berjudul IMAJI.
Dalam bidang penulisan puisi, ‘IMAJI’ bermaksud susunan kata yang dapat memberi gambaran jelas seolah-olah efek khayalan sehingga pembaca mampu untuk turut sama merasa, melihat dan mendengar emosi sebenar yang ingin diungkapkan oleh penulis.
Album ‘IMAJI’ menghimpunkan 14 buah trek istimewa hasil nukilan dan ciptaan Aina Abdul sepenuhnya termasuk single ‘Jangan Mati Rasa Itu’ yang baru sahaja dilancarkan pada 25 Ogos lalu.
Selain mengetengahkan irama balada yang sememangnya sinonim dengan Aina Abdul, album ini turut bereksperimen dengan genre yang lebih rancak seperti pop dan juga alternatif indie bagi menyuntik kelainan demi menerjah jiwa peminat.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Aina akhirnya berjaya merealisasikan impian sekian lama terpendam untuk memiliki sebuah album penuh yang diinspirasikan daripada perjalanan hidup saya sendiri.
“Secara peribadi, saya telah meletakkan piawaian yang tinggi untuk album ini kerana ‘Aina Abdul’ merupakan seorang yang amat menitikberatkan soal mutu, kualiti muzik, bunyi dan gubahan dalam setiap karya ciptaan saya.
“Saya terlibat dalam setiap aspek pembikinan album ini demi memastikan produk akhir betul-betul berkualiti dan kena dengan cita rasa saya,” katanya.
Aina juga berharap agar album itu membantu untuk mengukuhkan lagi posisinya sebagai komposer dan penyanyi dalam industri muzik.
Dia juga bakal mengadakan konsert pada November ini di Axiata Arena Bukit Jalil. – GayahIsTyping
You may also like
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan