SHAH ALAM: Bakat muda yang sedang mengukir nama Chubb-E mengakui berharap program Dansa Dan Sing mampu melonjakkan kerjaya seninya.
Berasal dari Sabah, dia yang berusia 21 tahun berkata program baru terbitan Astro itu adalah platform terbaik buat dirinya.

“Saya bermula ketika usia kanak-kanak juga bersama program Astro, kini saya juga mahu dikenali dan harap peminat terima saya sudah dewasa.
“Saya akui sebelum ini tidak terlalu hirau soal populariti, saya juga jarang gunakan media sosial untuk mengetengahkan diri.
“Jadi saya harap dengan penyertaan kali ini orang nampak kehadiran saya dan saya mendapat sokongan semua pihak,” katanya.
Chubb-E bersama Zeppo Youngsterz Crew antara kumpulan yang selalu mendapat pujian juri tetap Datuk Rizalman dan Linda Jasmine.
Meskipun muda, Chubb-E berani dan tidak kekok dengan aksi Kuda Kepang yang dipersembahkan minggu lalu.
Pemilik nama sebenar Muhammad Sharul Asyln itu mula menyinar selepas menyertai program Ceria Pop Star.
Dansa Dan Sing adalah sebuah program baharu Astro Ria yang menampilkan 10 artis bersama krew berentap dengan persambahan nyanyian serta tarian.
Program ini antara warna baharu hiburan yang segar dan mempunyai daya tarikan tersendiri.
Lebih mantap rancangan ini dikendalikan pengacara hebat Sherry Alhadad dan turut menampilkan juara GV6, Hady Mirza.
Gayah memang seronok dengan Dansa Dan Sing, setiap Ahad jam 9 malam secara langsung di Astro Ria. Apa lagi, let’s dance together!
You may also like
-
Aina Abdul : Bukit Bintang Done, Bukit Jalil Next!
-
Konsert Milenia Ditunda Ke 25 November, Tampil Persiapan Lebih Meriah
-
Kongsi Kemesraan Dengan Suami Bawa Tuah Pada Fasha Sandha
-
Liza Hanim Sedia Bersaing – Ziana Zain Iktiraf Liza Bak Berlian
-
Kesemua Pelakon Walid Boleh Bersilat – Filem Angkat Seni Mempertahan Diri Melayu