KUALA LUMPUR : D’Alphalegacy membawakan sebuah program berkonsepkan bual bicara berjudul ‘Ballz Talk’ secara eksklusif menerusi platform perkongsian video global terkemuka, YouTube.
Sebagai pengenalan, program ‘Ballz Talk’ yang dikendalikan oleh pasangan pengacara Elly Arifin dan Iman Zulkarnain ini bakal menampilkan empat selebriti tanah air sebagai tetamu undangan iaitu Zizan Razak, Iqram Dinzly, Farah Ahmad serta Armada Ammar.
Program ini juga turut mendapat sentuhan kreatif sutradara Opie Zami yang merupakan pengarah untuk musim ini.
Rakaman program ‘Ballz Talk’ akan berdurasi selama 20 minit menerusi paparan empat buah episod dan boleh mula distrim secara eksklusif di saluran YouTube ‘D’Alphalegacy’ pada setiap hari Jumat, jam 8.30 malam bermula 4 Disember 2020.
Ketua Pegawai Eksekutif D’ Alphalegacy, Diyana Ismail berkata syarikat itu berbesar hati membawakan perkongsian ‘up close &
personal’ selebriti-selebriti tanah air menerusi program eksklusif ‘Ballz Talk’.
“Keunikan ‘Ballz Talk’ terletak kepada kandungan visual yang kompak yang disiarkan sepenuhnya menerusi platform digital lantas memudahkan penonton untuk mengikut kisah mereka walau di mana mereka berada.
” Secara keseluruhannya, kami positif program bual bicara ini dapat meletakkan penanda aras yang tinggi dalam dunia hiburan serta dapat memberikan inspirasi kepada para penonton,” katanya.
Gayah setuju program seperti ini menghiasi platform YouTube. Banyak rancangan seperti ini yang menarik garapan dari luar. Malaysia juga boleh.
You may also like
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan