October 11, 2024

“Saya ada kanser tapi…” – Azharina Azhar Positif dan Pilih Bahagia

Meskipun mengakui dirinya didiagnos menghidapi penyakit kanser, penyanyi Azharina Azhar memilih untuk terus positif dan bahagia meneruskan hidup.

Pelantun lagu Sekian Terima Kasih itu berkata dia masih belum dapat berkongsi jenis kanser dihidapi.

Azharina yang ditemui di majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Realiti duet bersama Kozae, berkata dia sedang menunggu keputusan laporan kesihatannya yang bakal keluar dalam tempoh dua minggu lagi.

Menurut Azharina lagi, dia sepatutnya menjalani dua pembedahan besar namum memilih untuk menangguhkannya bagi menyermpurnakan beberapa tugasan yang belum selesai.

“Saya didiagnos kanser tetapi belum boleh dikongsi kerana masih menunggu keputusan yang tepat dalam tempoh dua minggu lagi.

“Sepatutnya saya menjalani pembedahan pada minggu hadapan tetapi terpaksa ditangguhkan kerana ada beberapa kerja yang perlu dilunaskan,” katanya.

Dalam pada itu Azharina turut mendedahkan dia juga menghidap penyakit kencing manis sejak dua tahun lalu.

Katanya lagi, kedua-dua penyakit dihidapi memang menganggu aktiviti harian dan emosinya tetapi Azharina memilih untuk berfikiran positif.

Katanya, jika di dalam kesakitan dia akan melepas perasaan sebelum kembali bangkit.

“Saya juga insan biasa, kalau sakit tentulah akan menangis. Biasanya saya akan dengar lagu-lagu galau untuk redakan perasaan.

“Saya kena tempuh ujian ini walaupun perit dan menyakitkan. Saya juga memilih untuk terus positif dan bahagia,” kata ibu kepada dua cahaya mata ini.- GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts