May 19, 2024

Nadeera Juara Big Stage 2023

SHAH ALAM : Nadeera Zaini muncul juara Big Stage 2023 dalam persaingan sengit malam final pertandingan itu sebentar tadi.

Nadeera membawa pulang RM100,000 dan sebuah lagu ciptaan komposer antarabangsa.

Dia membawakan lagu Never Enough  secara solo dan Gundah dalam pusingan battle bersama Waode.

Waode di tempat kedua dan Putera Muhammad ketiga masing-masing membawa pulang RM30,000 dan RM25,000.

Hoondoo, Aufahanie dan Puteri Khareeza berada di tempat keempat hingga keenam.

Kesemua mereka membawa pulang sebuah trofi.

Juri tetap Big Stage 2023 ialah Ajai dan Aina Abdul manakala Datuk Ramli MS selaku juri jemputan..

Jihan Muse pula sebagai Presiden Netizen serta rancangan itu diacarakan oleh Kak Lina dan Rina Nose. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts