PUTRAJAYA: Aisha Retno mengukir senyuman penuh makna saat ditanya dia sekali lagi diberikan cabaran lagu nyanyian ‘Siti’ dalam pertandingan Big Stage 2022.
Selepas Kesetiaan dendangan arwah Siti Sarah, dia sekali lagi bakal menyampaikan lagu seorang lagi penyanyi juga bernama Siti iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza.
“Saya sangat teruja dan lagi Cindai memang lagu kegemaran saya. Saya juga tahu lagu ini popular dan diketahui ramai.
“Saya tidak akan ubah keaslian lagu ini tetapi akan memberikan elemen world music seperti cabaran oleh Ajai,” katanya kepada Gayah.

Cindai bukan sahaja popular di negara ini tetapi juga masyhur di beberapa negara jiran.
Lebih dari itu, pemilik nama sebenar Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 21, mengakui ini peluang keemasan untuknya kerana belum pernah membawakan lagu tradisional dalam mana-mana pertandingan.
“Saya berdebar tapi seronok juga kerana akhirnya akan menyampaikan lagu tradisional buat kali pertama dalam pertandingan.
“Doakan saya, Insya-Allah saya berusaha sebaik mungkin,” katanya mengenai cabaran tugasan minggu kelima bertemakan This Is Siti Nurhaliza.
Sementara itu, Aisha menerima baik dan besar hati dengan teguran juri supaya dia berhati-hati dan jangan terlalu yakin dalam persembahan.
Katanya, dia selalu memberitahu dirinya supaya memberikan persembahan sebaik mungkin setiap minggu kerana ia adalah peluang yang hanya datang sekali sahaja.
“Setiap minggu saya memang mahu berikan yang terbaik dan menghargai peluang yang diberikan,” katanya.
Aisha menjadi peserta pertama mendapat markah 90 peratus daripada juri tetap Ajai. – GayahIsTyping
You may also like
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan