PETALING JAYA: Stesen televisyen Media Prima meneruskan tradisi menyajikan lebih 20 buah drama dan telefilem sempena sambutan Syawal kali ini.
Kesemua drama dan telefilem berkenaan akan disiarkan sepanjang musim Aidilfitri di dua stesen iaitu TV3 dan TV9.
Antara drama menarik yang bakal mewarnai Syawal kali ini ialah Tiada Galang Ganti, Saka Viral, Kisah Hidupku, Hantu Penunjuk Jalan, Validasi, Ara dan Rinding.
Pastinya dibarisi pelakon kegemaran ramai antaranya Ungku Ismail, Farah Nabilah, Mimi Lana, Izzue Islam, Azlee Khairi, Aiman Tino dan ramai lagi.
Lebih menarik drama rantaian yang sedang hangat ditayangkan lakonan Ayda Jebat dan Remy Ishak berjudul Bukan Gadis Biasa akan tamat pada hari pertama sambutan Syawal kali ini.
Pastinya satu momen indah bagi penonton setia drama berkenaan yang akan berkumpul di depan kaca televisyen bersama keluarga menantikan penamat kisah penuh warna warni itu.
TV3 meneruskan drama rantaian dengan judul baharu Nasi Kerabu Untuk Che Abe lakonan Izzue Islam, Elisya Sandha, Issey Titan dan Jasmin Hamid.
Bagi program hiburan terbaik Syawal TV3 pula, akan dimulakan seawal 23 Mei 2020 dengan Havoc Nak Raya. Kemudian program hiburan Raya di TV3 akan diikuti dengan Studio Drama Sangat Raya, Al Kisah Pak Kodi, Melodi Raya, I Can See Your Voice Malaysia 3 Edisi Raya, Senang Terhibur Raya dan Muzik Muzik 35 Raya.
Di TV9 pula, para penonton berkesempatan untuk menonton kembali telefilem-telefilem terbaik sepanjang musim Hari Raya antaranya Bahulu Untuk Opah, Taubatku, Vlog Laura, Cruise Cinta Lebaran, Huru Hara Raya, Raya Kami dan Esok Untuk Kita.
Secara keseluruhannya, TV3 bakal menyajikan 10 program hiburan, enam program gaya hidup dan bual bicara, sembilan telefilem dan drama bersiri, serta satu program baharu dalam slot Bananana untuk penonton si cilik.
Manakala TV9 menyajikan tujuh telefilem untuk menemani para penonton.
Gayah puji usaha TV3 dan TV9 yang membariskan pelbagai program untuk semua peringkat umur dalam memastikan rakyat Malaysia duduk di rumah meraikan Syawal.
Dalam suasana pandemik Covid-19 ini, Syawal tetap dirai dengan berhati-hati. Jadi apa kata, kita duduk rumah dan tonton televisyen.
You may also like
-
Ibu Scha Al-Yahya Meninggal Dunia – Awal Kongsi Kehilangan Ibu Mentua di IG Story
-
Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024 – Pentas Pemuzik Terbaik Negara
-
Wawa Belanja 100,000 Unit Sunscreen Kanak-Kanak – Lancar Sempena Hari Lahir Anak
-
Janji Hadiah 25 Tahun Dayang Nurfaizah – Turut Dedikasi Buat Iman Imran
-
Jangan Pandang Belakang 2 – Jin Tak Perlu Jaga Manusia