Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri mempersoalkan sikap netizen sendiri yang lebih dahagakan ‘content’ (kandungan) sensasi untuk mendapatkan perhatian mereka.
Beliau berkata itu realiti sebenar dan kandungan berbentuk hal berkaitan perniagaan semata-mata hanya dipandang sepi.
Lantaran, Aliff mengakui hal itu sekaligus memaksanya sebagai usahawan untuk menghasilkan kandungan sensasi namun terpaksa berdepan dengan kritikan dan kecaman.
“Kamu semua ini pun satu. Aku tak berjoget, kau tak nampak aku. Aku tak terkangkang, kau tak tengok aku. Apa masalah netizen sebenarnya?
“Kalau tak ada orang macam kami ini, tak ada monyet, tak ada kera macam kami ini, tak ceria Malaysia.
“Kamu semua nak tengok gosip, kena bercerai, kena bertumbuk, kena berzina,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Memori Aidilfitri D’Herbs Terlajak Laris di Glam Hall Damansara semalam.
Penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu berkata, orang Malaysia sentiasa ingin melihat kandungan yang kontroversi seperti saman, tangkap basah dan sebagainya.
“Sebenarnya, orang Malaysia ini kalau tak kes apa-apa (kandungan), mereka tak nak tengok.
“Contohnya, kalau ‘Aliff Syukri melancarkan produk baharu’, ada kau nak tengok? Sampai merayu suruh beli, tak ada kau nak tengok.
“Cuba kalau aku kena panggil dengan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia).
“Cuba kalau aku kena saman RM70 juta? Muka aku di muka depan. Cuba kalau aku kena tangkap basah? Berduyun begini yang tengok,” katanya.
Pada majlis sama, Aliff mengumumkan bahawa tahun 2024 menjadi tahun terakhirnya sebagai penyanyi dan kini masih disiasat berikutan penerbitan lagu Raya yang dianggap berlawanan dengan budaya dan agama.
Aliff juga mengucapkan terima kasih kepada pelanggan dan peminat yang teris menyokong perniagaannya termasuk beg jenamanya sendiri yang terjual lebih 100,000 unit dalam masa enam bulan. – GayahIsTyping
You may also like
-
M.Nasir Lakar Sejarah – Tampil Konsert Khas Hari Raya
-
Terpaling Raya Jadi Tum Tum Raya – Shiha Zikir Dan Ieda Berkurung 22 Jam Demi Muzik Video
-
Beraya Dengan Biduanita Negara – Siti Nurhaliza Pamer Koleksi Busana Peribadi Sempena Budaya Raya
-
Khai AF Pengsan Tiba-Tiba – Terima Dua Jahitan Di Dahi
-
Elemen Lawak Seram Lagu Raya – ZUS Coffee Lancar Lagu Cerita Malam Raya