April 25, 2025

Double Trouble 2 Diterjemah Dalam Konsert

SHAH ALAM : Alpha Nation dengan jenamanya Rock The City, membawakan Konsert ‘Double Trouble 2’ yang membariskan Search & Barbarik pada 5 Ogos 2023 di Stadium Malawati di sini. 

Search, sebuah jenama yang sebati dengan arena rock akan tampil di pentas, diterajui oleh Din (gitar) bersama Kid (gitar), Yan (bass), Firdaus (keyboard), Minn (drums) dan vokalis sensasi baru mereka Denden.

Barbarik pula diterajui oleh Joe Branko (gitar) bersama Adi (keyboards), Ruzaimie (bass), Ainol (drums) dan vokalis legenda Muss.

Persembahan berdurasi selama 150 minit ini akan menghidangkan sekitar 26 buah karya lagu lagu mereka yang kebanyakannya sentiasa bermain di minda kita.

Kelibat lima orang legenda rock tanahair iaitu Din, Kid, Joe Branko, Yan dan Muss dalam kelas mereka yang tersendiri pasti akan memberi impak besar dalam persembahan dan kepuasan kepada para rocker yang hadir. Satu persembahan yang pasti diimpikan dan kini akan menjadi kenyataan.

Pada dasarnya, penganjuran konsert ini diinspirasikan dari album Double Trouble 2 yang menggabungkan Search dan Wings dan diterbitkan pada tahun 1998.

Search ketika itu menampilkan Amy (penyanyi), Noordin (gitar), Kid (gitar), Fauzi (bass) dan Allahyarham Yazit (drums), manakala Wings pula dibarisi Muss (penyanyi), Joe (gitar), Eddie (bass) dan Black (drums).

Noordin (Din) gitaris Search berpendapat bahawa kelebihan Konsert Double Trouble 2 ini adalah menampilkan vokalis dan pemuzik berbakat generasi baru selepas mereka seperti Denden dan Minn dari Search serta Ainol, Adi dan Rozaimie dari Barbarik.

Harga tiket ialah CAT A : RM199, CAT B : RM169, CAT C : RM129, CAT D : RM179, CAT E : RM139, ROCK ZONE : RM159 dan VIP : RM359 boleh didapati di www.ilassotickets.com – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts