December 8, 2024

rptnb

Tak Caras, Senyum Sedekah

Penyanyi Ifa Raziah berkata tidak timbul isu dirinya ‘mencaras’ dengan penganjuran Star Vendors Raya Fest pada Mei ini.

Bagi Ifa, pengajuran karnival tiga hari bermula 24 Mei selama 72 jam tanpa henti itu adalah usahanya untuk membantu usahawan Melayu.

” Semua ini adalah hasil pengalaman saya selepas terbabit dengan beberapa karnival sebelum ini. Jadi tidak timbul isu caras atau tidak,” katanya.

” Saya yakin sudah sampai masanya saya sahut cabaran ini dan buktikan saya mampu melakukannya,” katanya.

Pengarah Pemasaran dan Komunikasi PWTC, Intan Tantiyana Puteri Jaafar mengesahkan penganjur iaitu syarikat milik bersama Ifa Raziah sudah membuat bayaran untuk menganjurkan karnival itu.

Sementara itu, Ifa berkata dia mengakui sentiasa tersenyum setiap kali bertemu peminat dan orang awam.

“Senyum itu kan sedekah. Tak salah saya ukirkan senyuman. Tapi ramai sangat yang saya jumpa.

“Saya tak ingat dengan siapa saya senyum,” katanya.

Ifa berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai dakwaan seorang pengacara dari Singapura yang mendakwa penyanyi dangdut itu tersenyum kepadanya.

Kedua-dua mereka, diketahui tidak sebulu dan pernah berbalas kritikan sebelum ini.

Gayah harap Ifa sukses. Betul Ifa senyum itu sedekah. Gayah pun suka senyum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts