SHAH ALAM : Pelakon dan penyanyi popular Ayda Jebat menghadiahkan ibunya sebuah rumah mewah di Eco Grandeur Puncak Alam di sini dalam satu majlis penyerahan istimewa.
Ayda Jebat berkata, hadiah rumah itu satu impian yang dipasang olehnya sebagai tanda menghargai pengorbanan ibu dalam membesarkan dirinya dan adik beradik lain.

“Syukur sangat kepada Allah. Jujurnya ini (hadiahkan rumah) antara doa saya di depadan Kaabah. Saya memang minta pada Allah mahu hadiahkan rumah buat mama.
“Alhamdulillah Allah permudahkan impian saya dan semuanya dapat dilaksanakan sebelum saya menamatkan zamat bujang Januari ini,” katanya kepada Gayah.
Artis serba boleh itu berkata, sebesar manapun rumah yang dihadiahkan, mana mungkin ia mampu membalas jasa ibunya.
Mula dikenali dengan lagu Siapa Diriku, ayda mengakui hatinya sangat bahagia kerana dapat menghadiahkan rumah berkenaan kepada ibunya.
Rumah yang dianggarkan berharga lebih setengah juta itu, dihadiahkan dalam satu majlis kejutan yang diadakan secara tertutup petang semalam.
Gayah berbangga dengan Ayda yang sentiasa mementingkan keluarga. Meskipun ibu bapanya berpisah Ayda bijak menjaga hati kedua-dua orang tuannya.

You may also like
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan