JOHOR BAHRU: Gandingan artis 80-an sehingga yang terkini dalam Jelajah Suria Anggun Cotton Collection yang berlangsung minggu lalu berjaya menawan lebih 7,000 pengunjung yang membanjiri Paradigm Mall di sini.
Kesemua mereka mewakili kumpulan peminat muzik dari era Raja Ema, Elly AXL, Zamani, Siti Nordiana dan Akim & The Majistret serta menyanyi bersama-sama ketika artis kesayangan mereka muncul di pentas.
Kemunculan Raja Ema dengan dua lagu iaitu Angan-Angan dan Jejaka Idaman mengubat hati peminat begitu juga dengan Elly AXL yang lebih sedekad tidak muncul di pentas persembahan.
Suria FM bijak menampilkan artis-artis berkenaan yang secara langsung membawa pengunjung mengimbau memori setelah sekian lama tidak melihat dua penyanyi berkenaan.
“Saya sendiri tidak sangka ramai yang masih ingat dan sama-sama bernyanyi dengan saya. Lagu yang saya nyanyikan itu dah berusia lebih 20 tahun malah ada yang belum lahir lagi,” kata Raja Ema.
Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin) berkata Suria FM sangat gembira dengan sambutan baik dari peminat setia di selatan tanah air bagi lokasi pertama siri Jelajah Suria 2023 di Johor Bahru melalui kelainan sentuhan 80an
“Alhamdulillah dengan sambutan yang kami terima malah pada siri jelajah kali ini berjaya menghiburkan peminat yang hadir sekaligus mengimbau nostalgia lagu yang pernah menjadi fenomena,” katanya.
Turut memeriahkan konsert ialah Shudee, Insomniacks, Nabila Razali, Alyph , Sissy Imann, Bunga, Luqman Podolski, Da Unknown, Wani Annuar dan Aiman Zaidi.
Tambah DJ Lin, antara kelainan yang turut ditampilkan adalah gimik persembahan pembukaan berupa tarian zapin daripada kumpulan Tari Aliff’s Dancers.
“Lokasi kedua siri jelajah suria bakal diadakan ahad ini (19 Februari) bermula jam 2 petang di Aman Central, Alor Setar Kedah yang turut menjanjikan kejutan istimewa buat peminat Suria FM di utara tanah air.
“Nantikan kedatangan barisan penyampai Suria FM juga berhibur dengan persembahan lebih 10 artis popular antaranya kumpulan Exists, Aishah, Ruffedge, Kristal X, Aris Ariwatan, Khai Bahar, Nabila Razali, Zulhadi, Syameer Azmi, Aqeesh Aleeya, Danial Kifli, Aiman Zaidi, Wani Annuar, Heedan Mohd dan ramai lagi,” katanya.
Pengunjung turut berpeluang menangi hadiah cabutan bertuah seperti motorsikal Modenas MR 3 bernilai lebih RM 4,000 dengan hanya membeli ‘Barangan Eksklusif Suria’ yang dijual di Booth ‘KEDAI SURIA’ sepanjang konsert berlangsung dengan minima pembelian sebanyak RM 100.
Juga menangi wang tunai lebih RM 10,000 menerusi aktiviti pentas bersama penaja utama, Anggun Cotton Collection dan penaja bersama, AC Gas. – GayahIsTyping
You may also like
-
Angkara Gigitan Ziana Zain – Pontianak 200 kg Mangsa Cinta Tiga Segi
-
FYP Untuk Siapa Yang Makan Cili – Drama Band Tampil Konsert Sulung
-
Suria FM Terus Jadi Pilihan – Jelajah Suria Kuasa 2 Tawan Empat Lokasi
-
Dedah Kisah Untold Story – Wajib Tonton Teater Dang Anum Versi The Redholah
-
Dari Pelakon Kini Penyanyi – Taiyuddin Dan Uncure Lahir Karya dan Persembahan Buat Palestine