Penyanyi yang juga juara Gegar Vaganza musim ketujuh Cliff Umar mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki heroin, Ahad lalu.
Cliff Umar atau nama sebenarnya, Abdullah Umar Joseph, 42, membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.
Bapa kepada empat orang anak itu didakwa memiliki dadah jenis heroin seberat 0.39 gram di tepi Jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya dekat sini pada jam 3.30 petang, 26 Mei lalu.
Justeru, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta yang sama.
Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya Annur Athirah Amran memohon tarikh baharu bagi sebutan laporan kimia dan mencadangkan jaminan sebanyak RM6,000.
Peguam Sallehuddin Salam yang mewakili Cliff Umar dalam rayuannya memohon jaminan rendah memandangkan anak guamnnya menanggung isteri dan empat anaknya yang masih bersekolah.
“Anak guam saya bekerja sebagai pemain muzik dengan pendapatan tidak menentu,” katanya.
Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM3,300 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan laporan kimia ditetapkan 31 Julai depan. – GayahIsTyping
You may also like
-
Pak Lah Meninggal Dunia – PM Ke-5 Hembus Nafas Terakhir di IJN
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual