KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Adibah meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di sini hari ini.
Berita duka dan mengejutkan itu disahkan oleh rakan artis, Datin Emylia Rosnaida yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal di laman Facebook miliknya.
“Ya, betul arwah baru sahaja meninggal dunia di Hospital Gleneagles sebentar tadi,” katanya memberi pengesahan yang ketika itu dalam perjalanan ke pusat perubatan swasta tersebut.
Sementara itu, menghubungi rakan seperjuangan penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu di pentas GV8 iaitu Ani Maiyuni, arwah yang berusia 52 tahun difahamkan telah lama menderita penyakit kanser.
“Ani memang terkejut mendengar berita ini. Tetapi sebelum ini arwah ada maklumkan bahawa beliau dah lama menderita kanser.
“Hanya kami keluarga GV8 saja diberitahu akan hal ini dan minta dirahsiakan,” ujarnya ketika dihubungi. – GayahIsTyping
You may also like
-
Aina Abdul : Bukit Bintang Done, Bukit Jalil Next!
-
Konsert Milenia Ditunda Ke 25 November, Tampil Persiapan Lebih Meriah
-
Kongsi Kemesraan Dengan Suami Bawa Tuah Pada Fasha Sandha
-
Liza Hanim Sedia Bersaing – Ziana Zain Iktiraf Liza Bak Berlian
-
Kesemua Pelakon Walid Boleh Bersilat – Filem Angkat Seni Mempertahan Diri Melayu