February 9, 2025

DJ Lin Serah Diri Ke Hospital

KUALA LUMPUR: TIdak nafikan, penyampai radio popular DJ Lin antara yang sering aktif memberikan komitmen dalam aktiviti stesen radio Suria FM bertemu pendengar mereka.

Dalam sibuk aktif ke sana sini, Pengurus Besar Suria FM itu akhirnya akur menyerah diri ke hospital selepas menanggung sakit di bahagian kiri perut.

Pemilik nama sebenar Roslinda Abd Majid berkata, badannya juga rasa lemah dan hampir pitam ketika menjayakan sebuah acara stesen itu semalam.

“Saya rasa sakit pada sebelah kiri perut. Badan terasa sangat lemah sampai berapa kali nak gelap mata.

“Lepas selesai ground event Suria FM semalam, saya terus serah diri kt KPJ Damansara Specialist utk pemeriksaan lanjut. Masih ada beberapa ujian yang perlu dibuat untuk kenalpasti termasuk ulstrasound dan ct-scan,” katanya kepada Gayah.

DJ dimasukkan ke wad sejak semalam dan dijangka akan menerima rawatan serta pemantauan sehingga Ahad ini.

Dalam pada itu, penyampai segemen Suria Cinta berkenaan melahirkan rasa terharu apabila dihujani ucapan dan doa daripada peminat sebaik mengetahui dia ditahan di hospital.

Katanya, pelbagai hadiah turut dihantar oleh rakan dan peminat kepadanya.

“Terima kasih atas kasih sayang anda semua dan saya sangat menghargainya. Begitu juga jururawat di sini yang menjaga saya serta mengakui pendengar dan peminat DJ Lin.

” Doakan saya lekas sembuh dan dipermudah segala urusan dan hanya Allah dapat balas jasa baik semua,” katanya. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts