November 27, 2022

KONSERT RAI LEBIH DUA DEKAD LAH AHMAD

PETALING JAYA: Berjaya mengekalkan koordinatnya dalam industri hiburan sebagai penyanyi sejak lebih dua dekad lalu, Lah Ahmad bakal mengadakan Konsert 25 Years Lah Ahmad di PJ PAC One Utama, Damansara Utama pada 28 Januari tahun depan.

Lebih bermakna, pada konsertnya itu juga album solo keempatnya berjudul Jatuh bakal dilancarkan menampilkan single baharu dan lama dendangan penyanyi yang memiliki kredibiliti vokal tersendiri ini.

“Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong kerjaya seni saya dan pastinya konsert ini sangat bermakna kerana ia pertama kali diadakan dalam skala sebegini,” katanya.

Lah atau Abdullah Ahmad, 42, berkata konsert itu akan menampilkan hampir 20 buah lagu sepanjang perjalanan kariernya dan julung kali diadakam selepas showcase pertama sekitar 2018.

Jualan tiket dengan harga bermula dari RM120 hingga RM330 akan dibuat secara online di onetix.com.my bermula 2 November 2022.

Dalam perkembangan lain, bekas ahli kumpulan VE itu mengakui dia lebih kepada mengutamakan sokongan buat rakan-rakan seperjuangannya itu berbanding mengkritik.

“Saya lebih bersetuju bagi komen membina buat kawan-kawan. Apa yang kita perlukan dalam industri adalah kena bagi sokongan dan doa kepada rakan seangkatan.

“Jangan komen untuk hentam orang. Industri kita ini kecil, nanti akan jumpa balik. Ini baru dekat sini nanti di Padang Mahsyar orang ungkit balik apa yang kita tidak puas hati. Jangan buat salah walau sebesar zarah,” katanya.

Lah berkata demikian merujuk terhadap isu Damian yang dilihat lantang bersuara mengkritik kumpulan V.E menyertai Gegar Vaganza ke-9 dengan kapasiti ahli baharu. – GayahIsTyping

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts