December 1, 2022

Doakan Ibu Saya – MK

KUALA LUMPUR: Meskipun bagai mahu menyimpan erat kisah mengenai ibunya, penyanyi dan pelakon MK ahli kumpulan K-Clique sempat menitipkan pesan agar semua pihak mendoakan kesejahteraan serta kesihatan ibunya.

Dia berkata, ibunya dalam keadaan baik-baik sahaja dan sangat bersyukur kerana ada yang menjaga syurganya itu di kampung.

“Alhamdulillah mak saya baik-baik sahaja dan saya mohon doakan yang terbaik. Saya juga bersyukur kerana ibu faham dengan kerjaya saya,” katanya.

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin bin Hamdan, 26, ditanya mengenai keadaan kesihatan ibunya selepas satu video tular dia dan keluarga sedang membacakan surah Yasin buat syurganya itu.

“Maaf saya tak boleh kongsi secara terperinci. Maaf.

“Apapun saya terpaksa berkorban dan berjauhan dari mak demi kerjaya saya. Saya percaya rezeki di mana-mana, inilah pengorbanan saya untuk mengembangkan kerjaya saya,” katanya.

Bagi pelakon filem 7 Minggu Sebelum Kahwin itu mengakui dia juga seorang anak manja yang rapat dengan maknya.

Akuinya, dia akan membuat panggilan telefon kepada ibunya setiap hari memohon doa dan keberkatan.

“Saya memang anak mak dan saya memang telefon mak setiap hari,” katanya.

MK menambah K-Clique bakal mengadakan persembahan langsung khas buat peminat-peminatnya tahun ini.

“Alhamdulillah semua on track, kita kena pastikan semua seiring agama, kerja dan cinta,” katanya tertawa.

Terdahulu, MK berkongsi dia gembira kerana menjadi duta kepada Pusat Peningkatan Akademik dan Pakar alam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM), PTTI.

Katanya, selain berkongsi pengalaman dengan pelajar-pelajar terbabit dia turut berpeluang memperbaiki dirinya dalam aspek kehidupan.

MK berkata dia turut berkongsi mengenai realiti dunia hiburan dan pentingnya pendidikan dalam menjamin masa depan. – GayahIsTyping 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts