December 1, 2022

Shuib Sertai Suria FM

PUTRAJAYA: Pelawak dan usahawan popular Shuib sah menyertai Suria FM sebagai penyampai bermula Isnin ini di slot pagi.

Shuib bakal berganding dengan Ajak dan Suraya menerusi segmen Team Pagi Suria yang turut diberikan penjenamaan baharu Morning Morning Suria.

Foto: Kasyah Poket TV

Pengumuman itu dibuat oleh Pengurus Besar Suria FM yang juga penyampai Suria Cinta iaitu DJ Lin sebelum tamat siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell bertempat di IOI City Mall di sini petang tadi.

“Kita harap dengan pelantikan Shuib akan memberikan impak lebih baik kepada pasukan Suria sekali gus dapat menarik lebih ramai pendengar baharu.

“Kita juga berterima kasih kepada Shuib kerana sudi menyertai kami sebagai penyampai Suria Pagi yang kini dikenali sebagai Morning Morning Suria,” katanya.

Jelajah Suria 90 Memang Cantik Kak Ell memasuki siri terakhir hari ini selepas menjelajahi beberapa negeri seperti Kuantan, Pahang; Alor Setar, Kedah, Johor Bahru, Johor bermula awal bulan ini.

Hampir 12,000 pengunjung hadir menyaksikan persembahan gandingan artis 90-an terkenal seperti Amir UK’s, Mus dan barisan artis popular seperti Dayang Nurfaizah, Ziana Zain.

Tidak ketinggalan, persembahan turut diserikan dengan barisan artis muda seperti Haqiem Rusly, Wany Hasrita, Imsoniacs, Floor 88 dan Nuha Bahrin serta Naufal Azrin.

Sebelum ini, segemen Suria Pagi dikendalikan oleh Fizi Ali yang kini ke stesen Hot FM.

Suria FM turut dibarisi penyampai seperti Tyzo, Rara, Cik Piah, Anna J dan DJ Lin. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts