SHAH ALAM: Naib Juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4) Liza Hanim meramalkan juara GV9 yang bakal dinobatkan pada malam ini menjadi milik peserta wanita.
Penyanyi yang mempunyai kredibiliti vokal terbaik negara itu berkata, dua tempat teratas ialah perebutan di antara Jaclyn Victor (Jac) dan Shila Amzah berdasarkan persembahan konsisten mereka setiap minggu.
“Saya tidak tahu lagu tugasan mereka namun saya teka ia bakal menjadi milik sama ada Jac atau Shila. Juara Jac, naib juara Shila, atau juara Shila naib juara Jac,” katanya.
Pelantun lagu Bahagiakan Dia bersama Shila yang bakal beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu 37, pada Februari tahun depan berkata, Bob Yusof juga mempunyai kelebihan tersendiri dan mampu menjadi peserta mengisi tempat tiga teratas.
“Kumpulan VE di tangga keemapat, diikuti Tomok dan Hazrul Nizam,” katanya.
Liza sempat menitipkan pesan supaya semua finalis bertenang dan gunakan momen pentas akhir untuk berikan yang sehabis baik dalam semua persembahan mereka.
Liza antara pemenang GV yang semakin menyerlah kerjaya nyanyiannya selepas pertandingan itu dan masih berbisa meskipun industi dibanjiri ramai bakat baharu.
Untuk rekod, penyanyi Datuk Aishah muncul juara ketika GV4.
Final GV9 bakal berlangsung malam ini di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam di sini dan disiarkan secara langsung di Astro Ria membabitkan persaingan enam finalis. – GayahIsTyping
You may also like
-
Sekuel Konsert Galau The Finale -Tampilkan Ungu, Rossa, Nidji, Fabio Asher, dan Exists
-
Babah Kisah Realiti Kasih Sayang – Ingatan Agar Hargai Seorang Bapa
-
Hanya Satu Nora Ariffin – Kekal Dalam Liga Penyanyi Terbaik Negara
-
Suria FM Kekal Barisan Penyampai – Catat Peningkatan 292 Ribu Pendengar
-
Ayda Jebat Terus Jadi Pilihan – Ada Jenama Kekal Sejak Sedekad