KUALA LUMPUR: Selepas tular berita penceraiannya, Mizz Nina kira-kira sejam lalu memuat naik petikan kata-kata Mufti Ismail Menk di laman Instagram miliknya.
Petikan kata berkenaan yang asalnya dalam bahasa Inggeris berbunyi seperti berikut:
“Belajarlah mendoakan buat semua orang. Ingat hikmah berdoa itu sangat bermakna, bila kita mendoakan untuk orang lain hal yang baik jadi kepada kita.
“Maha Esa membantu mereka yang tak jemu membantu orang lain. Jangan kedekut. Mulakan berdoa.”
Hantaran itu mendapat lebih 15 ribu tanda suka ketika artikel ini ditulis dan dihujani komen daripada sahabat dan peminat Nina.
Rata-ratanya memberikan kata semangat dan sokongan agar Nina terus kuat menempuh hidupnya.
Antara komen netizen ialah dari Marr Mohamad yang berharap Nina terus cekal dan tabah.
“Allah sedang merancang sesuatu yang terbaik. Pada setiap ruang yang gelap akan ada nanti jalan dan cahaya yang terang,” tulisnya.
Dayah Bakar dan Fedtri Yahya antara rakan selebriti yang turut meninggalkan komen pada muat naik berkenaan.
Nina yang bernikah dengan Noh Salleh iaitu vokalis kumpulan Hujan dikatakan sudah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak semalam.
Sebelum ini timbul desas desus pasangan berkenaan sudah berpisah namun Noh menafikannya manakala Nina berdiam diri. – GayahIsTyping
You may also like
-
Aina Abdul : Bukit Bintang Done, Bukit Jalil Next!
-
Konsert Milenia Ditunda Ke 25 November, Tampil Persiapan Lebih Meriah
-
Kongsi Kemesraan Dengan Suami Bawa Tuah Pada Fasha Sandha
-
Liza Hanim Sedia Bersaing – Ziana Zain Iktiraf Liza Bak Berlian
-
Kesemua Pelakon Walid Boleh Bersilat – Filem Angkat Seni Mempertahan Diri Melayu