April 19, 2024

Bakal Bawal Hasil Persidangan Kukuhkan Suria FM 

KUALA LUMPUR: Segala ilmu dan pengetahuan yang diperolehi selama tiga hari di Persidangan Radio Eropah 2022 di Malmo Massan, Sweden akan digunakan bagi mengukuhkan kedudukan stesen Suria FM. 

Itu ikrar yang dibuat oleh DJ Lin yang mengakui teruja dalam menimba pelbagai ilmu daripada pencinta radio dan mereka yang aktif dalam bidang itu dari serata dunia.

“Segala info, ilmu serta pengalaman yang diperolehi menerusi tiga hari persidangan ini akan saya gunakan sebaiknya dalam usaha memantapkan lagi stesen radio Suria FM dari semasa ke semasa. 

“Ini merupakan kali pertama Dj Lin yang menyertai Persidangan Radio di luar negara sepanjang 23 tahun berkecimpung dalam Industri radio di Malaysia,” katanya kepada Gayah

Pemilik nama penuh Roslinda Abdul Majid yang juga Pengurus Besar Suria FM ini berkata antara fokus utama dalam persidangan itu ialah perkembangan radio digital serta usaha menarik golongan muda untuk mendengar radio.

 

Beliau berkata pelbagai pengisian dalam bentuk bual bicara serta perkongsian pengalaman berkenaan isu berkaitan dunia radio.

Kongsi DJ, kebangkitan drama audio dan podcast turut menjadi antara perkara yang diberikan perhatian dalam persidangan berkenaan.

“Jujurnya saya bersyukur dan sangat gembira dapat menyertai Persidangan Radio Eropah 2022 di Makmo Sweden ini.

“Ini merupakan satu peluang keemasan dan kak lin berasa sangat teruja untuk saya kerana selain dapat menimba ilmu serta pengalaman baru berkenaan perkembangan dunia radio pada masa kini dan juga tentang masa depan dunia radio itu sendiri,” katanya.

DJ Lin akan berada selama 10 hari diluar negara termasuk Sweeden, Denmark, London dan Paris serta pulang ke malaysia pada 24 Mei ini. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts