17 Mac genap usia 27 tahun penyanyi yang terus mengukuhkan namanya dalam persada seni tempatan.
Ayda Jebat diakui antara bintang yang terus menyinar malah menjadi antara kesuma hati peminat industri seni.

Sempena meraikan usia barunya, Ayda melancarkan single balada terbarunya berjudul Mana Ada Hati Yang Ingin Trus Disakiti.
“Saya memilih tarikh ini kerana ia sangat istimewa bagi saya selepas mendapat sokongan peminat yang mahu saya tampil dengan single balada.
“Syukur semua yang dirancang berhasil termasuk video muzik yang dihasilkan dalam tempoh sehari,” katanya yang juga mesra disapa adik.

Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat berkata, single itu hasil nukilannya sendiri bersama komposer Indonesia, Irwan Simanjuntak.
Single ini juga menjadi lagu tema bagi drama bersiri terbaru lakonan Ayda, Asalkan Dia Bahagia.
“Lagu ini menghiasi drama terbabit dan semenjak teaser dikeluarkan, peminat sudah bertanya mengenai lagu tersebut.
“Drama ini menampilkan gandingan sulung saya bersama pelakon Shukri Yahaya dia ia diarahkan oleh Jamal Khan,” kata Ayda.

Lagu Mana Ada Hati (Yang Ingin Trus Disakiti) boleh didengarkan di laman YouTube Ayda Jebat semenjak 9 malam tadi dan boleh didengari di semua pelantar digital bermula 29 Mac ini.
Gayah doakan Ayda terus gemilang dan terbanglah tinggi serta terus membumi.