KUALA LUMPUR: Bersempena bulan Syawal yang masih diraikan The Pearl Kuala Lumpur meraikan 41 anak-anak dari Pusat Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Al Mahabah Klang.
Lebih istimewa, hotel berkenaan memberikan layanan lima bintang dengan membuka ruang kafe Melo di tingkat lima khas untuk rombongan anak-anak yatim berkenaan yang dijamu dengan hidangan hi-tea hotel itu.
Gayah gembira kerana kesemua anak berkenan dilayan dengan mesra oleh semua petugas The Pearl Kuala Lumpur termasuk memberikan hadiah dan duit raya.
Itulah yang sewajarnya apabila tetamu istimewa seperti anak-anak berkenaan dijemput bukan mereka terpingga-pingga tanpa layanan. Tahniah The Pearl Kuala Lumpur.
Pengurus Komunikasi dan Pemasarannya Nora Ismail berkata, pihak hotel memang mendedikasikan jamuan berkenaan buat anak-anak yang dijemput.
“Kita sajikan sama dengan hidangan bufet hi-tea kita yang berharga RM58 sekepala kerana kita mahu mereka menikmati apa yang kami tawarkan.
“Kami juga berbesar hati kerana mereka sudi menerima jemputan dan sporting menyertai aktiviti yang kami aturkan,” katanya.
Sementara itu, Penolong Pengurus Eksekutif Gina Kuek menambah, ia memang aktiviti CSR hotel itu setiap tahun apabila tiba musim perayaan.
Dia berkata, pemilihan rumah kebajikan dan tetamu yang dibuat secara giliran bagi memastikan semua pihak dapat diraikan.
The Pearl Kuala Lumpur juga kini berwajah baharu dengan imej dan ubah suai lebih selesa serta menarik termasuk untuk ‘staycation’ keluarga.
Malah kini, tetamu boleh mencuba promosi berbaloi King Of Grill pada harga RM118 sahaja dengan deretan hidangan panggang serta tiram segar setiap hujung minggu.
Wakil dari pertubuhan turut melahirkan rasa terima kasih dengan undangan yang diberikan serta terharu dengan ukiran senyuman pada wajah anak-anak berkenaan. – GayahIsTyping
You may also like
-
Survival Seni Sissy Iman – Lupakan Tas Tangan Mewah Demi Sebuah Impian
-
‘King Of Grill BBQ Buffet Dinner’ – Selera Premium Berpatutan Di The Pearl Kuala Lumpur
-
Magika Seorang Melly Goeslow – Kepuasan Total Seisi Panggung
-
Ziana Zain Pemilik Definisi Diva Sebenar – 56 Years Old And Still Standing Strong
-
Survival Seni Siti Nordiana – 25 Tahun Dan Terus Mekar