KUALA LUMPUR: Bayangkan apabila anda mengetahui cinta hati anda sebenarnya datang dari dimensi lain di dunia ini.
Meskipun ada rasa keliru, itu pastinya bukan alasan untuk anda patah hati sebaliknya berjuang memastikan cinta anda utuh dan dapat dipertahankan.
Itulah antara konflik yang dibawakan dalam naskhah terbaharu Viu Original berjudul Seribu Nina bermula malam ini.
Tayangan sebanyak dua episod setiap minggu, membolehkan penonton menghayati jalan cerita epik dalam pencarian cinta, penemuan diri, pengembaraan dan fantasi merentasi seribu dimensi.
Seribu Nina mengisahkan pasangan yang berbeza personaliti iatu Amar, seorang pensyarah muda dan Nina yang bekerja sebagai barista kafe.
Nina menyembunyikan identitinya yang sebenar telah diculik kembali ke dimensi asalnya. Malah kedua-dua mereka diburu Didi.

Drama ini menggambarkan perjalanan epik penemuan diri dan hubungan di alam yang penuh dengan kebarangkalian, di samping belajar untuk menerima takdir, mengambil risiko dan menerima kelemahan masing-masing.
Watak Amar dilakonkan oleh Syafiq Kyle dan Nina dilakonkan oleh Adriana Adnan. Didi pula dijayakan oleh Marsha Milan Londoh.
Seribu Nina arahan Umi Salwana Omar boleh ditonton menggunakan aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store, Google Play dan di TV pintar terpilih, serta di laman web di www.viu.com – GayahIsTyping
You may also like
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan